Sampai bila mengharap kudrat ‘orang lama’?

Sampai bila mengharap kudrat ‘orang lama’?

AZIZULHASNI Awang memenangi pingat perak acara keirin pada Sukan Olimpik 2020 di Tokyo.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Kontinjen Malaysia seharusnya berpandangan jauh jika bercita-cita besar untuk menamatkan kemarau 67 tahun meraih pingat emas Sukan ­Olimpik dengan tidak hanya bergantung kepada ‘kuda tua’ di temasya sukan terbesar dunia itu.

Jaguh berbasikal trek negara, Datuk Azizulhasni Awang yang bakal menginjak usia 36 tahun menjelang Sukan Olimpik Paris 2024 menegaskan sudah tiba masanya atlet muda memasang cita-cita besar untuk menggapai pingat di Sukan Olimpik walaupun ia mungkin penampilan pertama mereka di temasya sukan terbesar dunia itu.

Malaysia sebelum ini pernah meletakkan segunung harapan buat Datuk Lee Chong Wei yang mengerah keringatnya sehingga penampilan terakhir di Olimpik Rio 2016 pada usia 32 tahun.

Ketika ini untuk sukan berbasikal trek, harapan terbaik negara selain Azizul adalah Shah Firdaus Shahrom yang kini sudah pun berusia 27 tahun, serta Fadhil Zonis yang berusia 25 tahun untuk meneruskan legasi Malaysia dalam acara itu di pentas Olimpik.

AZIZULHASNI AWANG

“Saya rasa sudah tiba masa­nya untuk kita juga meletakkan harapan kepada pelumba-pelumba junior ataupun atlet junior dalam sukan lain kerana jikalau kita tidak ajar mereka untuk menggalas cabaran, sampai bila pun mereka tidak akan berani ber­aksi di pentas tertinggi.

“Pelumba muda perlu mempunyai keinginan yang tinggi.

“Mereka harus berlatih sedaya-upaya semasa latihan agar mereka mampu duduk sama tinggi dengan pemain berkelas dunia,” katanya selepas dinobatkan sebagai Olahragawan Negara 2021 kelmarin.

Azizulhasni mencipta rekod yang tersendiri apabila menjadi atlet paling banyak menerima anugerah Olahragawan Kebangsaan iaitu sebanyak lima kali selepas pernah menerima anugerah yang sama pada 2009, 2010, 2017, 2019/2020.

AZIZULHASNI Awang memenangi anugerah Olahragawan Kebangsaan buat kali kelima.

Kejayaan itu mengatasi rekod Chong Wei yang meraih empat gelaran pada 2005, 2008, 2011 dan 2015, manakala legenda badminton, Datuk Rashid Sidek juga berada dalam kelompok yang meraih empat gelaran iaitu pada 1990, 1991, 1992 dan 1996.

Begitupun ketika ini, perlumbaan basikal trek negara tampak terlalu bergantung kepada kudrat pelumba kelahiran Terengganu itu untuk menaiki podium Olim­pik pada 2024.

Azizulhasni juga masih kekal sebagai satu-satunya pelumba berbasikal negara yang pernah me­raih gelaran dunia dalam acara keirin.
Jika Azizulhasni memutuskan untuk bersara kelak, apakah kita akan memiliki wakil menaiki podium kejohanan utama?

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya