Saka bakal jadi pemain termahal The Gunners

Saka bakal jadi pemain termahal The Gunners

BUKAYO SAKA
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

LONDON: Pemain sayap Arsenal, Bukayo Saka bersetuju untuk kekal di Emirates dan dijang­ka menikmati gaji termahal.

Kontrak Saka, 21, akan tamat hujung musim ini, dan kelab ­seperti Manchester City sudah cuba memancingnya.

Saka yang dicungkil ba­katnya menerusi Akademi Bola Sepak Arsenal antara tonggak yang membantu membantu Gunners menerajui Liga Perdana Inggeris ketika ini.

Dia dibayar 70,000 pound (RM373,000) seminggu ketika ini dan kelab sedia menaikkan 130,000 pound (RM693,000) gajinya untuk membolehkannya menikmati 200,000 pound (RM1.06 juta).

Selepas berjaya mengikat Saka, tumpuan Arsenal kemudian menyediakan perjanjian lumayan bagi mengekalkan pertahanan tengah, William Saliba yang tamat kontrak tahun depan.

Sama seperti Saka, Saliba menjadi taruhan pengendali Gunners, Mikel Arteta di benteng pertahanan dan antara faktor kecemerlangan pasukan musim ini.

“Perancangan kami ketika ini adalah melanjutkan kontrak pemain-pemain bintang, dan memberi komitmen kepada mereka untuk masa depan.

“Kami te­lah bermula dengan Gabi (Martinelli), dan ia sesuatu yang bagus.

Yang lain akan menyusul, namun kami juga perlu persetujuan mereka dan kena memenuhi jangkaan semua pihak,” kata Arteta.

Saka bukan sahaja mengukuhkan namanya dalam sku­ad Arsenal, ma­lah pemain penting England. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya