RM500,000 jadi rebutan sempena edisi ke-30 Cub Prix

RM500,000 jadi rebutan sempena edisi ke-30 Cub Prix

MENTERI Belia dan Sukan, Hannah Yeoh (tengah) dalam Majlis Sambutan 30 tahun Kejuaraan Cub Prix di Kuala Lumpur kelmarin.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Kelainan yang mengujakan menanti pelumba yang akan bersaing dalam Kejuaraan Cub Prix musim ini apabila penganjur, Safe Aim Mutual menjanjikan wang kemenangan lebih lumayan sempena sambutan ke 30 perlumbaan.

Pengarah Safe Aim Mutual, Ron Hogg menjelaskan hadiah keseluruhan untuk kesemua 10 pusingan musim ini mencecah hampir RM500,000, tidak termasuk bonus kemenangan pa­sukan masing-masing.

Ia satu usaha untuk menjadikan perlumbaan lebih menarik buat, selain penggunaan teknologi baharu antaranya suntikan bahan api bagi kelas Wira.

“Ada banyak perubahan tahun ini, ketiga-tiga kelas nasional sekarang menggunakan model jentera baharu, kita juga sudah tingkatkan hadiah wang tunai, hampir 50 peratus berbanding musim sebelum ini.

“Banyak lagi perkara baharu yang akan kami lakukan untuk Cub Prix bagi tahun ini,” kata Ron selepas Majlis Sambutan 30 tahun Kejuaraan Cub Prix di ibu kota kelmarin.

Cub Prix diwujudkan pada 1994 dengan membabitkan lima pusingan sebelum berkembang menjadi 10 pusingan pada 2006 dan ia kekal sehingga hari ini.

Lebih menarik, Cub Prix kekal menjadi medan relevan untuk mencungkil bakat permotoran dan mampu berdiri sendiri biarpun jarang mendapat bantuan kerajaan.

“Kita ada perancangan besar antara lima hingga 10 tahun akan datang, iaitu kita nak beri lebih banyak peluang kepada pelumba Malaysia untuk pergi ke peringkat antarabangsa. Satu daripada masalahnya adalah kos, jadi sebaik-baiknya kita boleh beri latihan kepada mereka di Malaysia.

“Jadi apabila mereka pergi ke peringkat lebih tinggi, terus boleh boleh bersaing pada tahap tinggi kerana tiada siapa melihat ke belakang, perlu sentiasa di atas, jika tidak, penajaan akan berkurang,” tambah Ron.

Pusingan pertama Cub Prix musim ini akan bermula di Litar Antarabangsa Sepang (SIC) pada 24 hingga 26 Februari depan.

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya