RM324 juta untuk perkasakan sukan negara

RM324 juta untuk perkasakan sukan negara

PERDANA Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim ketika membentangkan Belanjawan 2023.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, kerajaan akan terus menambah baik program latihan dan kemudahan sukan untuk manfaat semua atlet termasuk atlet para melalui penyediaan dana berjumlah RM324 juta menerusi Belanjawan 2023.

Anwar yang juga Menteri Kewangan berkata, peruntukan itu antaranya untuk membangunkan ekosistem sukan yang menyeluruh daripada pencarian bakat sehinggalah ke program podium selain untuk selenggara dan menaik taraf kemudahan sukan di seluruh negara.

“Kerajaan juga bersetuju potongan cukai sehingga 10 peratus daripada pendapatan agregat diberi kepada individu atau syarikat yang menyumbang kepada organisasi bukan berasaskan keuntungan yang melaksanakan program pembangunan sukan di peringkat akar umbi.

“Bagi memelihara dan melindungi kebajikan para atlet, dana RM5 juta disediakan kepada Yayasan Kebajikan Atlet Kebangsaan (Yakeb) bermula tahun 2023. Dalam masa sama, Kerajaan turut bercadang untuk memberi potongan cukai kepada majikan yang menggaji bekas atlet negara,” kata Perdana Menteri dalam Belanjawan 2023.

Selain itu, kerajaan juga akan menyediakan dana geran padanan RM50 juta bagi mendorong penajaan sektor swasta untuk program sukan, khususnya sukan berteraskan perpaduan, penganjuran pertandingan di peringkat kebangsaan dan program realiti sukan. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya