Rashford dan Garnacho pastikan Manchester United senyum lebar

Rashford dan Garnacho pastikan Manchester United senyum lebar

Alejandro Garnacho meraikan jaringan kedua Manchester United ketika menewaskan Leeds United di Stadium Elland Road sebentar tadi. (AFP)
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

LEEDS: Manchester United meneruskan tekanan terhadap dua pasukan teratas Liga Perdana Inggeris, Arsenal dan Manchester City apabila merakamkan kemenangan ke atas Leeds United sebentar tadi.

Kunjungan United ke Stadium Elland Road tidak dipersia-siakan anak buah Erik ten Hag untuk meraih tambahan tiga mata dalam perlawanan ini apabila menang dengan keputusan 2-0.

Bagaimanapun United terpaksa menanti sehingga penghujung babak kedua untuk mencetak jaringan apabila Marcus Rashford menanduk gol pertama perlawanan pada minit ke 80.

Lima minit berselang, Alejandro Garnacho menambah luka tuan rumah apabila meledak gol kedua United.

Rashford berpeluang untuk menambah gol ketiga pelawat dalam perlawanan ini, bagaimanapun jaringannya pada minit ke 89 dibatalkan setelah video bantuan pengadil (VAR) berjaya mengesan pemain itu berada dalam kedudukan ofsaid.

United sekali lagi dinafikan gol ketiga mereka apabila kuisan Wout Weghorst yang berjaya menerjah gawang pada masa tambahan dibatalkan kerana berada dalam kedudukan ofsaid.

Meskipun begitu, dua jaringan yang diraih United sudah cukup untuk memberikan kegembiraan buat United bagi meneruskan misi memburu kejuaraan.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya