Petanda positif untuk Penang FC

Petanda positif untuk Penang FC

Para pemain Penang FC meraikan kejayaan selepas berjaya dinobatkan sebagai juara Piala Harapan selepas menumbangkan Selangor FC di Stadium Negeri Batu Kawan, Pulau Pinang. -UTUSAN/IQBAL HAMDAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BATU KAWAN: Keupayaan pemain Penang FC bangkit daripada ketinggalan satu gol pada separuh masa pertama sebelum menjaringkan gol kemenangan pada minit-minit terakhir perlawanan mendapat pujian daripada pengendalinya, Manzoor Azwira.

Jurulatih berusia 47 tahun itu berkata, beliau bangga dengan semangat juang yang ditunjukkan oleh anak-anak buahnya dan menganggap persembahan mengagumkan ketika menentang Selangor pada aksi final Piala Harapan 2023 itu sebagai satu petanda positif untuk pasukan.

Tambahnya, walaupun terdapat banyak perkara yang perlu diperbetul dan diperkemaskan, namun, pujian wajar dihamburkan kepada para pemain yang telah bertungkus-lumus sepanjang 90 minit perlawanan untuk memberikan aksi yang terbaik.

“Kita tahu Selangor pasukan yang berpengalaman dan bagus. Saya hormati Tan Cheng Hoe (pengendali Selangor). Namun, pemain-pemain saya cuba untuk tidak mengalah (selepas ketinggalan) dan berjaya bangkit.

“Saya cakap kepada pemain, kita masih dalam ‘pre-season’ (aksi pramusim). Jadi, kita cuba buat apa yang kita berlatih dan kita tampung apa yang kita kurang. Apapun, semoga kemenangan ini turut memberi semangat kepada ‘fan’ (penyokong) untuk kembali menyokong Penang FC,” katanya.

Terdahulu, dua penyudah menarik daripada Soony Saad, masing-masing pada minit ke-75 dan 88 membolehkan skuad Harimau Kumbang menewaskan Gergasi Merah 2-1 selepas ketinggalan 0-1 hasil jaringan kapten Selangor, Muhammad Mukhairi Ajmal dalam aksi final yang berlangsung di Stadium Negeri Batu Kawan, di sini, kelmarin.

Dalam pada itu, Sonny berpuas hati kerana berjaya meledak dua gol dan berharap agar sentuhan jaringan itu akan berterusan sepanjang musim ini khususnya dalam saingan Liga Super nanti.

Penang FC bakal membuka tirai saingan Liga Super musim ini menentang Kuala Lumpur City di gelanggang lawan pada 25 Februari tanpa kehadiran Manzoor yang ketika itu masih berada di luar negara atas urusan kerja.-UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya