Pesaka Melaka sasar dua emas di Sarawak

Pesaka Melaka sasar dua emas di Sarawak

MOHAMAD ALI Mohamad menyempurnakan sesi penyerahan bendera kepada Kontinjen Pesaka Melaka di Baitul Tariq, Klebang Permai, Melaka. - UTUSAN/AMRAN MULUP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

MELAKA: Kontinjen Silat Melaka menyasarkan membawa pulang dua pingat emas pada Kejuaraan Silat Premier Antarabangsa Sarawak 2023 di Stadium Tertutup Kuching, Sarawak dari 27 Februari hingga 5 Mac ini.

Yang Dipertua Persekutuan Silat Kebangsaan (Pesaka) Melaka, Datuk Seri Mohamad Ali Mohamad berkata, sasaran itu menerusi Mohd. Iqbal Roiif Mat Sofian, 16, bagi Kelas H dan Mohd. Daniel Adnan, 13, untuk Kelas B Putra.

Menurutnya, kedua-dua pesilat itu pada Kejohanan Satu Sekolah Satu Silat Kebangsaan baru-baru ini telah membantu Melaka meraih lima pingat emas serta menduduki tangga ketiga keseluruhan.

Beliau berkata, untuk kejohanan di Sarawak, Pesaka Melaka menyenaraikan 18 pesilat terdiri daripada dua wanita dan 16 lelaki untuk memikul cabaran berkenaan.

“Secara realistik peluang untuk merangkul dua emas adalah cerah, namun berdasarkan prestasi pesilat lain tidak mustahil kita mampu menyumbang lebih pingat.

“Selain itu kita turut menyasarkan untuk berada dalam tiga kelompok terbaik bersaing hebat dengan pesilat dari negeri lain, termasuk tuan rumah Sarawak yang pasti akan mendominasi kejuaraan ini,” katanya kepada pemberita selepas penyerahan bendera kepada Kontinjen Pesaka Melaka di Baitul Tariq, Klebang Permai di sini, kelmarin.

Sebanyak 16 buah negara dengan hampir 800 pesilat dijangka menghangatkan saingan di Bumi Kenyalang yang menawarkan hadiah wang tunai bernilai RM87,470.

Mohamad Ali berkata, persiapan Melaka sedikit terganggu selepas pesilat kembar, Muhammad Daniel Azrol dan Muhammad Daniel Azrai bagi Kategori Tempur Putra tidak dapat disenaraikan selepas mereka dipilih menyertai Skuad Silat Kebangsaan, tiga hari lalu. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya