Perjalanan Malaysia disekat China dengan keputusan 2-3

Perjalanan Malaysia disekat China dengan keputusan 2-3

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

DUBAI: Hasrat Malaysia untuk mencapai sasaran layak buat kali pertama ke peringkat separuh akhir Kejohanan Badminton Berpasukan Campuran Asia (BAMTC) tidak kesampaian apabila dinafikan China dengan keputusan 3-2 dalam aksi yang berlangsung di Pusat Pameran Dubai, Emiriah Arab Bersatu (UAE) sebentar tadi.

Malaysia bermula dengan cemerlang apabila perseorangan lelaki negara, Lee Zii Jia kembali menunjukkan kualitinya sebagai pemain No. 4 Dunia apabila mengenepikan cabaran lawan, Lei Lan Xi dengan keputusan 21-16, 22-20 dalam tempph 47 minit.

Aksi dalam acara perseorangan wanita pula menyaksikan Goh Jin Wei diberikan amanah untuk berdepan dengan Gao Fang Jie yang berada di ranking 101 dunia.

Jin Wei bermula dengan baik di set pertama, namun ia tidak dapat diteruskan untuk set kedua sebelum perlawanan menjadi lebih sengit di set ketiga. Meskipun ketinggalan jauh, Jin Wei cuba untuk mengejar namun ia sudah terlewat untuk pemain China itu menyamakan kedudukan apabila menang dengan keputusan 21-15, 15, 13-21, 19-21.

Malaysia menurunkan Teo Ee Yi dan Ong Yew Sin untuk berdepan dengan He Ji Ting dan Zhou Hao Dong, dan percaturan itu tampak tidak menjadi apabila pasangan negara gagal untuk menyaingi pasangan China itu dengan akur tewas 22-24,18-21 dalam tempoh 54 minit.

Tekanan menjadi semakin memuncak apabila giliran beregu wanita negara, Pearly Tan dan M.Thinaah yang sebelum itu longlai dikejutkan pasangan India dalam aksi terakhir peringkat kumpulan kelmarin.

Bagaimanapun mereka tampil dengan aksi berbeza dan berjaya mengikat kedudukan menjadi 2-2 apabila merakamkan kemenangan dramatik dengan keputusan 21-17, 12-21, 19-21 ke atas Liu Sheng Shu – Tan Ning dalam tempoh 76 minit.

Wakil terakhir negara, Tan Kian Meng dan Lai Pei Jing yang beraksi dalam beregu campuran berusaha untuk memastikan kemenangan menjadi milik Malaysia, bagaimanapun percubaan mereka tidak berhasil menentang gandingan ampuh China, Feng Yan Zhe dan Huang Do Ping apabila tewas dengan keputusan 15-21, 23-25.

Ini merupakan kali ketiga berturut-turut Malaysia gagal mara ke separuh kejohanan ini sejak percubaan kali pertama di Hanoi pada 2017, disusuli di Hong Kong pada 2019.

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya