PETALING JAYA: Warna biru kekal menjadi pilihan Penang FC sebagai jersi utama yang bakal digunakan pasukan itu dalam perlawanan di laman sendiri pada Liga Malaysia (Liga M) 2023.
Skuad Harimau Kumbang hari ini melancarkan jersi baharunya hanya beberapa jam sebelum aksi pramusim menentang kelab Singapura, Geylang International FC dalam saingan Piala Harapan di Stadium Negeri Pulau Pinang, Batu Kawan pukul 9 malam ini.
“Legasi dan tradisi negeri Pulau Pinang disambung..! Warna biru kekal sebagai lambang perpaduan penyokong setia Harimau Kumbang yang berbilang kaum dan bersatu padu..!
“Demi satu kebanggaan, untuk negeri kita,” tulis Penang FC dalam media sosial rasmi mereka hari ini.
It is official!! @Penang_FC x @KakiJersi Home Jersey for season 2023!!#hariapenangharia#kakijersidotcom#penangfc#kjmaiutagha pic.twitter.com/9s5B3ZYgXA
— Kaki Jersi 🇲🇾 (@KakiJersi) February 1, 2023
Menurut Penang FC, warna biru, putih dan kuning diinspirasikan daripada bendera Pulau Pinang.
Sementara itu, warna kuning yang memberi ‘kehangatan’ serta melambangkan kemakmuran Pulau Pinang dipilih sebagai warna jersi perlawanan di tempat lawan.
Skuad Haria Penang Haria yang akan memakai jersi keluaran Kaki Jersi juga memilih warna merah jambu dan hijau untuk jersi penjaga gol. – UTUSAN ONLINE