Penang FC bangkit ikat KL City FC 2-2

Penang FC bangkit ikat KL City FC 2-2

KAPTEN KL City FC, Paulo Josue dikawal ketat oleh pemain Penang FC dalam aksi Liga Super 2023 di Stadium Bola Sepoak Kuala Lumpur di Cheras sebentar tadi.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Skuad Kuala Lumpur City FC (KL City) FC gagal menggunakan kesempatan beraksi di laman sendiri apabila diikat 2-2 oleh Penang FC dalam perlawanan pertama Liga Super 2023 sebentar tadi.

Dalam aksi di Stadium Bola Sepak Kuala Lumpur di Cheras itu, anak buah Bojak Hodak gagal mempertahankan kedudukan walaupun berada dihadapan menerusi dua jaringan kapten mereka, Paulo Josue yang kini berstatus naturalisasi.

Penang FC mempamerkan kebangkitan yang memukau terutamanya pada 20 minit terakhir perlawanan yang menyaksikan mereka berjaya mengikat KL City FC 2-2 sekali gus menyaksikan kedua-dua pasukan berkongsi satu mata

Pada separuh masa pertama, Penang FC terlebih dulu mengancam kubu tuan rumah menerusi percubaan leret Rahmat Makasuf di minit kelapan namun, percubaan bekas pemain Terengganu FC itu yang sekadar melintasi depan pintu gol KL City.

Sepakan percuma yang diberikan kepada skuad The City Boys di minit ke-14 selepas bola terkena tangan pemain import Penang FC diluar kotak penalti digunakan sebaiknya oleh Josue untuk menggegar gawang pelawat.

Tidak lama selepas itu, Romel Morales turut berpeluang mencetak nama selaku penjaring namun percubaannya berjaya dihalang oleh pemain pertahanan lawan untuk keputusan separuh masa pertama kekal 1-0.

Bersambung pada babak kedua, skuad Harimau Kumbang membuat beberapa perubahan dan hasilnya hampir menemui gol penyamaan namun tandukan awang import, Narcizo Adriano tersasar.

Josue sekali lagi menjadi duri dalam daging apabila meledak gol kedua di minit 71 selepas menerima hantaran menarik Hakimi Azim Rosli untuk gol kedua peribadinya musim ini.

Bagaimanapun, kegembiraan itu tidak bertahan lama apabila bekas pemain KL City FC, Hadin Azman berjaya merapatkan kedudukan pada minit ke-73 sebelum Gomez Da Silva menyamanakan kedudukan pada minit ke-85.-UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya