Pemain skuasy lelaki, perempuan Malaysia cemerlang di Chennai

Pemain skuasy lelaki, perempuan Malaysia cemerlang di Chennai

PASUKAN lelaki dan perempuan Malaysia mengesahkan tiket ke separuh akhir Kejohanan Skuasy Remaja Berpasukan Asia di Chennai, India selepas menumpaskan Jepun 3-0.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Pemain Malaysia meneruskan kecemerlangan dalam Kejohanan Skuasy Berpasukan Remaja Asia apabila kedua-dua skuad – lelaki serta perempuan melayakkan diri ke separuh akhir di Chennai, India hari ini.

Skuad lelaki negara menundukkan Jepun 3-0 dalam aksi Kumpulan B untuk mengesahkan tiket separuh akhir, beberapa jam selepas pasukan perempuan menempah tiket dengan turut mengalahkan Jepun 3-0.

Malaysia yang merehatkan Low Wa Sern menurunkan Hi Jia Rong buat kali pertama dan pemain itu membalas kepercayaan yang diberikan kepadanya apabila menewaskan Shu Takahashi 11-5, 11-7, 11-6 bagi melekakkan pasukan negara mendahului 1-0.

Dalam aksi kedua, skuad bimbingan Andrew Cross itu mempertaruhkan Shamie Haeyzad Sharulhisam yang tidak berdepan masalah mengalahkan Renshi Makin 11-4, 11-6, 11-8.

Kemenangan 3-0 Malaysia ke atas Jepun, disempurnakan oleh Harith Danial Jefri yang mengetepikan Yujin Ikeda juga menerusi kemenangan straight set 11-8, 11-5, 11-8.

Terdahulu, pasukan perempuan menepati status selaku juara bertahan apabila mengesahkan tempat ke separuh akhir selepas menundukkan Jepun 3-0 dalam aksi Kumpulan A.

Pemain berusia 15 tahun, Doyce Lee yang turun ke gelanggang buat kali pertama selepas direhatkan dalam aksi sulung, kelmarin, mengutip mata pertama Malaysia selepas menundukkan Mahiro Nishio 11-5, 11-8, 9-11, 11-6.

Dalam perlawanan kedua, pemain yang menghuni ranking ke-103 dunia, J. Yasshmita mengalahkan Kurumi Takahashi
11-7, 11-2, 11-3 untuk menjadikan kedudukan kepada 2-0.

Pemain ke-65 dunia, Aira Azman yang turun selaku perseorangan ketiga tidak berdepan masalah melengkapkan kemenangan skuad negara dengan kemenangan ke atas Akari Midorikawa
11-6, 11-3, 11-3.

Esok Malaysia akan berdepan Taiwan bagi melengkapkan jadual terakhir peringkat kumpulan dan dijangka tidak berdepan masalah untuk meraih kemenangan serta sekali gus menjuarai Kumpulan A. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya