Pemain ragbi lumpuh menang saman RM53.3 juta

Pemain ragbi lumpuh menang saman RM53.3 juta

DANI Czernuszka memenangi saman terhadap lawan yang sengaja mencederakannya dalam satu perlawanan ragbi. – IHSAN CHAMPION NEWS
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

LONDON: Seorang pemain ragbi wanita yang lumpuh berjaya memenangi saman 10 juta pound (RM53.3 juta) terhadap lawan yang sengaja mence­derakannya.

Dani Czernuszka, 34, me­ngalami kecederaan ngeri itu apabila pemain lawan, Natasha King membalas dendam dan mematahkan tulangnya dalam terjahan keras.

Tulang belakang ibu dua anak itu patah dalam perlawanan amatur pada Oktober 2017, menyebabkan dia terpaksa menggunakan kerusi roda.

Czernuszka menyaman King di Mahkamah Tinggi bulan lalu iaitu kes pertama seumpamanya dalam permainan ragbi wanita, dan hakim semalam membuat keputusan memihak kepadanya.

Peguam Czernuszka meng­anggarkan nilai tuntutan adalah 10 juta pound.

Kejadian ngeri itu berlaku ketika perlawanan antara kelab Dani, Redingensians RFC dan Berkshire Bracknell Ladies menghampiri penghujungnya.

Ketika kejadian, Czernuszka dikatakan dalam keadaan bongkok menunggu bola dari sisinya apabila King menghalang.

Mahkamah Tinggi dimaklumkan, King meletakkan beban penuhnya ke atas kepala dan belakang selain menekan tulang belakang Czernuszka.

Czernuszka memberitahu mahkamah, selepas pertembungan itu, dia mendengar King berkata: “Sialan nombor tujuh, saya akan patahkan dia.”

King dalam pembelaannya bagaimanapun berkata, dia tidak berniat untuk mence­derakan Czernuszka. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya