PDRM hampakan skuad Seladang untuk keputusan seri

PDRM hampakan skuad Seladang untuk keputusan seri

Pemain PDRM, Suzuki Castanheira Bruno Junichi diasak pemain Perak, Raja Imran Shah Raja Amin pada perlawanan Liga Super 2023 antara PDRM menentang Perak, di Stadium Majlis Bandaraya Petaling Jaya, di sini hari ini. Gambar: SHIDDIEQIIN ZON
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Skuad Polis Diraja Malaysia (PDRM) boleh mendabik dada apabila strategi mereka berjaya untuk memastikan mereka mengutip satu mata dalam ketika melayan kunjungan pasukan Perak dalam aksi Liga Super 2023 di Stadium Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ) sebentar tadi.

PDRM membuat rombakan saat akhir dengan menukar kapten mereka daripada Mohd Safiee Ahmad kepada pemain pertahanan, Amir Saiful Badeli.

Ia dilihat satu percaturan yang terbaik apabila benteng pertahanan skuad kendalian Azmi Aziz untuk mengekang asakan bertubi-tubi jentera serangan Perak yang diketuai Hadi Fayyadh.

Situasi sedikit tegang pada penghujung babak pertama apabila Hadi bertegang urat dengan penjaga gol PDRM, Ramdan Abd Hamid namun konflik itu segera dileraikan oleh pengadil perlawanan, Firdaus Dahlan.

Pemain PDRM, Fadi Mahmoud Awad Saleh diasak pemain Perak pada perlawanan Liga Super 2023 antara PDRM menentang Perak, di Stadium Majlis Bandaraya Petaling Jaya, di sini hari ini. Gambar: SHIDDIEQIIN ZON

Tuan rumah berpeluang untuk memecahkan kebuntuan jaringan pada lewat separuh masa pertama, namun lambungannya gagal untuk menemui gawang Perak tatkala penjaga gol, Tian Keat See sudah pun tertewas.

Aksi di babak kedua menyaksikan Perak dan PDRM saling berbalas serangan, bagaimanapun penyudah yang tumpul oleh barisan penyerang kedua-dua belah pasukan menyaksikan mereka terpaksa berpuas hati dengan keputusan seri tanpa jaringan sehingga tamat wisel perlawanan.

Keputusan ini meletakkan Perak berada di tangga kesepuluh liga, sementara PDRM pula berada satu anak tangga di bawa skuad Seladang.

Selepas ini, skuad Perak bakal meneruskan aksi mereka dalam kancah Liga Super dengan bertandang ke Kota Bahru untuk menentang Kelantan United pada Sabtu, sementara tugas berat buat PDRM yang akan ke Pantai Timur untuk menentang Terengganu.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya