Pan Gon tentukan lawan Harimau Malaya

Pan Gon tentukan lawan Harimau Malaya

KIM PAN GON
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) memberi kepercayaan kepada Kim Pan Gon untuk membuat pilihan lawan yang akan dihadapi Harimau Malaya dalam aksi persahabatan dalam kalendar Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa (FIFA).

Ia jelas menunjukkan badan induk bola sepak negara itu mempercayai pilihan yang akan dibuat  jurulatih dari Korea Selatan tersebut kerana sebagai ketua jurulatih, Pan Gon pastinya tahu tentang kelebihan dan kekurangan yang dimiliki anak buahnya.

Tahun ini Harimau Malaya dalam fasa untuk memperkemaskan pasukan yang pastinya akan menggunakan kesemua perlawanan dalam kalender antarabangsa FIFA sebagai medan persiapan menjelang Piala Asia di Qatar pada Januari 2024.

Setiausaha Agung FAM, Noor Azman Rahman berkata, pilihan dan kriteria pasukan lawan Harimau Malaya akan dibuat oleh ketua jurulatih sebelum perbincangan lanjut akan dilakukan dengan Presiden FAM, Datuk Hamidin Mohd. Amin.

KIM Pan Gon mendapat kepercayaan tinggi daripada FAM untuk menentukan hala tuju Harimau Malaya. 

“Perlawanan persahabatan bulan Mac kita masih dalam proses untuk pilih pasukan. Kriteria pasukan bergantung pada Ketua Jurulatih dan FAM akan pertimbangkan ketika Mesyuarat Jawatankuasa Skuad Kebangsaan hujung bulan ini.

“Siapa lawan skuad kebangsaan dan juga venue yang dipilih FAM akan diketahui selepas mesyuarat itu dan akan diberitahu kepada umum pada awal bulan Mac nanti…Jadi, sabar dan sama-sama tunggu,” katanya kepada pemberita di Wisma FAM, Kelana Jaya.

Sebelum ini, Hamidin berkata, skuad Harimau Malaya perlu lebih bersedia dan meraih keputusan positif dalam mengharungi perlawanan persahabatan bagi memastikan ranking Malaysia di peringkat Asia tidak terjejas.

Hal ini kerana katanya, Malaysia yang kini berada di kedudukan ke-25 Asia dengan dengan 1066.6 mata perlu mengelak daripada turun ke tempat ke-26 sekali gus terpaksa mengharungi dua perlawanan kelayakan Piala Dunia 2026/Piala Asia 2027.

Bagi berdepan perlawanan persahabatan, Pan Gon dijangka kembali mendapat semua pemain utama terutama dari kelab Johor Darul Ta’zim (JDT) kali ini berbanding ketika Piala AFF 2022 kerana kelab diwajibkan melepaskan pemain mewakili skuad negara untuk perlawanan kalender FIFA.

Sejak mengambil alih jawatan Ketua Jurulatih Harimau Malaya Pan Gon telah mengendalikan 18 perlawanan dan mencatat 12 kemenangan, dua seri dan hanya empat kekalahan.

Pan Gon juga menamatkan badi selama 42 tahun selepas kali terakhir Malaysia beraksi di Piala Asia ialah pada 1980 di Kuwait, dengan pasukan kebangsaan ketika itu menamatkan saingan peringkat Kumpulan B di tangga ketiga di belakang Korea Selatan dan tuan rumah. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya