DATUK Misbun Sidek dan badminton terlalu sinonim kerana sejak kecil hingga sekarang, dia mengabdikan hampir seluruh hidupnya untuk sukan yang amat dicintai itu. Pernah diceritakan oleh anaknya sendiri, Misbun Ramdan, tahap obses bapanya terhadap badminton adalah sehingga bermain pada pagi Syawal bersama sanak saudara sebelum bergerak ke masjid menunaikan solat sunat Aidilfitri. Bagaimanapun, jurulatih berusia 63 tahun itu turut mempunyai kegilaan terhadap satu lagi hobi, iaitu memancing. Sama seperti badminton, memancing sudah sebati dalam dirinya sejak kecil. Bagi Misbun, memancing memberi kepuasan berbeza selain teruja mendapatkan tangkapan apabila joran dilemparkan…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya