Miliki KL City bukan macam beli lukisan Mona Lisa

Miliki KL City bukan macam beli lukisan Mona Lisa

STADIUM Bolasepak Kuala Lumpur di Cheras akan menjadi lokasi pilihan untuk Perlawanan Palestin menentang Australia pada bulan depan.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Presiden Persatuan Bola Sepak Kuala Lumpur (KLFA), Khalid Abdul Sa­mad berkata, Kuala Lumpur City (KL City) bukan seperti lukisan Mona Lisa yang boleh dibeli dengan hanya me­ngeluarkan sekali modal sahaja.

Ini kerana katanya, pemilik baharu kelab Warga Kota itu perlu mengeluarkan sekurang-kurang RM1 juta sebulan untuk pelbagai urusan membabitkan pasukan termasuk dalam soal pembayaran gaji pemain serta pegawai yang ada.

“Sebelum ini, ada laporan yang mengatakan KL City sebagai kelab yang bernilai sehingga RM22.7 juta tetapi persoalannya, apakah ada individu atau badan korporat yang ingin bayar sebanyak itu untuk membeli pasukan ini?

“Sebabnya, membeli KL City bukan seperti membeli lukisan Mona Lisa, beli dan gantung di dinding sahaja dan kemudian buka pameran serta buat pungutan tiket untuk menyaksikannya masuk tanpa keluarkan modal baharu.

“Beli kelab bola sepak ini, pembeli tidak memiliki apa-apa kecuali nama sahaja. Macam KL City kena keluarkan RM1 juta sebulan untuk pelbagai urusan pasukan, jadi perlu ada kesungguhan dan keberanian daripada pemilik baharu.

KHALID SAMAD

“Selain itu, semuanya juga bergantung kepada prestasi semasa pasukan, jika pasukan beraksi dengan baik ia akan menjadi nilai tambah yang baik namun, sebaliknya yang akan berlaku sekiranya pre­stasi merudum,” katanya.

Mengulas lanjut, Khalid berkata, kesungguhan yang ditunjukkan Rinani Group Berhad (Rinani) membuatkan KLFA teruja dan memberi kepercayaan kepada firma perunding kewangan itu untuk menjadi sebahagian pemilik KL City.

Khalid berkata, urusan pe­ngambilalihan KL City FC oleh Rinani masih dalam proses dan dijangka akan dimuktamadkan selepas mesyuarat Exco KLFA pada 22 Februari ini.

Beliau juga mengesahkan firma berkenaan telah membayar deposit RM1 juta.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya