Malaysia ambil langkah cegah kes doping di Sukan Sea Kemboja

Malaysia ambil langkah awal cegah kes doping di Sukan Sea Kemboja 2023

Ketua Kontinjen (CDM) ke Sukan Sea Kemboja, Datuk Mohd Nasir Ali (tengah) yang ditemui ketika sidang media di Majlis Olimpik Malaysia (MOM), hari ini.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Seluruh atlet kontijen Malaysia yang akan mengibarkan cabaran di Sukan Sea Kemboja pada 5 hingga 17 Mei depan diseru untuk melakukan pengisytiharan kesihatan yang lengkap untuk mengelak sebarang kesulitan khususnya membabitkan masalah doping.

Saranan tersebut dibuat Chief de Mission (CDM) Negara ke temasya itu, Datuk Mohd Nasir Ali yang khuatir terdapat kemungkinan atlet yang mempunyai masalah kesihatan seperti asma akan menggunakan ubat-ubatan tertentu yang akan memberi kesan ketika menjalani ujian doping.

Tiada kes doping dicatatkan oleh atlet negara ketika menyertai Sukan Sea Vietnam tahun lalu, namun episod hitam itu pernah menghantui kontinjen negara ketika Sukan Sea Kuala Lumpur 2017 membabitkan penerjun negara, Wendy Ng Yang Yee yang didapati menggunakan bahan terlarang, Sibutramine yang didapati dalam ubat kurus.

“Dari segi persiapan, atlet perlu buat pemeriksaan perubatan sebelum pergi (Sukan Sea) dan mereka harus beritahu bahawa mereka ada asma.

“Jadi ISN (Institut Sukan Negara) akan membuat persediaan tertentu (untuk atlet), justeru tidak akan ada masalah mengenai doping (atlet yang ada masalah asma),” katanya selepas Mesyuarat Pengurus Pasukan ke Sukan Sea Kemboja di Pejabat Majlis Olimpik Malaysia (MOM), hari ini.

Dalam masa yang sama, Nasir turut menasihatkan agar semua pihak tidak panik dengan situasi yang melanda tuan rumah, Kemboja membabitkan penularan virus selesema burung H5N1 sehingga merekodkan dua kes kematian melibatkan seorang kanak-kanak dan lelaki dewasa.

Jelas Nasir, pihak pengurusan tertinggi kontijen Malaysia bersama ISN bakal mengambil langkah keselamatan terhadap semua atlet dan pegawai yang terlibat sepanjang keberadaan mereka di Kemboja nanti.

“Kita ada menerima amaran berhati-hati tapi tidak sampai ke tahap kita perlu panik.

“Begitupun, kita tetap mengambil maklum berkaitan wabak itu dan langkah keselamatan diutamakan,” tambah Nasir.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya