Litar Sepang bakal ditutup pada Mac

Litar Sepang bakal ditutup pada Mac

Litar Antarabangsa Sepang (SIC)
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SEPANG – Pihak Litar Antarabangsa Sepang (SIC) terpaksa menutup litar berprestij itu bulan hadapan bagi memberi laluan kerja-kerja penambah baikan dilakukan untuk persiapan penganjuran perlumbaan Kejohanan Dunia MotoGP Grand Prix (GP) Malaysia yang dijadualkan berlangsung pada 10 hingga 12 November nanti.

Ketua Pegawai Eksekutif SIC, Azhan Shafriman Hanif menjelaskan kerja-kerja penurapan litar itu tidak akan melibatkan keseluruhan kawasan litar sejauh 5.54 kilometer, sebaliknya hanya  membabitkan jarak kira-kira 1 kilometer di Selekoh 7, 8 dan 9.

Tambah Shafriman kerja-kerja penurapan baharu tersebut sepatutnya dilakukan pada 2021, namun ia tergendala susulan penularan wabak covid-19 menyaksikan mereka terpaksa membuat keputusan untuk melakukannya pada tahun ini atas saranan Persekutuan Motosikal Antarabangsa (FIM).

Kali terakhir SIC menaik taraf litar sepanjang 5.54 kilometer tersebut adalah pada tahun 2016 dan selepas itu tiada sebarang penurapan baharu dilakukan secara menyeluruh pada litar tersebut.

“Seperti sedia maklum, litar ini seperti stadium bola sepak dimana pada satu-satu masa perlukan penyelenggaraan. Jadi, kita bercadang untuk menaik taraf permukaan Litar Sepang, namun ia tidak dilakukan sepenuhnya dan hanya melibatkan beberapa tempat iaitu di Selekoh 7,8 dan 9.

“Kita lihat ada beberapa tempat yang perlu dinaik taraf, jadi kita perlukan bantuan kerajaan untuk membantu kita untuk memastikan litar ini dalam keadaan baik. Lagipun, untuk menurap litar ini bukan murah kerana untuk menurap sepanjang 5.54 km itu memerlukan kos kira-kira RM20 juta.

“FIM juga pernah beri pandangan mengenai perkara tersebut, jadi kita perlu baiki permukaan litar ini sebelum kita memulakan perlumbaan MotoGP yang membuka tirai pada November nanti.

“Jika mendapat kelulusan kita rancang untuk tutup litar ini pada Mac nanti dan buka semula pada Mei untuk memastikan keadaan litar benar-benar bersedia untuk digunakan sepenuhnya,” jelas Shafriman yang ditemui di SIC hari ini.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya