Letshanaa, Justin cemerlang rangkul kejuaraan di Uganda

Letshanaa, Justin cemerlang rangkul kejuaraan di Uganda

K.Letshanaa
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KAMPALA, Uganda: Hari gemilang buat  badminton negara di benua Afrika apabila meraih kejayaan berganda dalam Cabaran Antarabangsa Uganda sebentar tadi.

Kejayaan Malaysia dimulakan dengan aksi cemerlang ditampilkan perseorangan wanita profesional, K.Letshanaa yang berentap dengan pemenang pingat gangsa Kejohanan Eropah, Neslihan Yigit dari Turki.

Letshanaa ternyata tidak gugup untuk mencatat kemenangan 21-11, 21-8 dalam tempoh 26 minit, sekali gus memastikan kejuaraan pertamanya musim ini.

Kejayaan Malaysia kemudian diteruskan dalam perseorangan lelaki menerusi Justin Hoh apabila turut tidak berdepan masalah  menewaskan Kanishq M dari India 21-8, 21-12 dalam tempoh 27 minit.

Ini juga gelaran juara pertama buat pemain berusia 18 tahun ini selepas tempohari, Justin terpaksa akur untuk bergelar naib juara ketika bersaing dalam Cabaran Antarabangsa Iran di Tehran pada 5 Februari lalu.

Selepas ini, perjuangan Justin akan diteruskan dalam saingan Masters China di Ruichang pada 14 hingga 19 Mac depan. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya