Lee Zii Jia enggan panjangkan isu saman

Lee Zii Jia enggan panjangkan isu saman

Lee Zii Jia (kiri) enggan panjangkan isu dengan Indra.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Isu saman bekas jurulatih Jaguh Asia, Indra Wijaya terhadap bekas anak buahnya, Lee Zii Jia kembali bertiup kencang apabila pengurusnya, Lee Zii Yii mengesahkan pihaknya sudah pun menerima surat daripada pihak Indra.

Bagaimanapun, Zii Yii tidak boleh mendedahkan butiran lanjut mengenai surat tersebut, sebaliknya menyerahkan perkara itu kepada pihak peguam mereka untuk tindakan selanjutnya.

“Benar saya boleh sahkan pihak kami sudah menerima surat daripada bekas jurulatih, Indra Wijaya, tetapi apa yang terkandung dalam surat tersebut sama ada surat saman atau tidak, saya tidak tahu.

“Kami tidak mahu memanjangkan hal ini dan menjadikan ia lebih teruk, jadi kami akan biarkan pihak peguam kami untuk menguruskannya,” jelas Zii Yii yang ditemui di Akademi Badminton Malaysia (ABM), Bukit Kiara, semalam.

Indra melepaskan jawatannya sebagai jurulatih perseorangan wanita kebangsaan pada Februari tahun lalu, selepas berjaya membimbing Zii Jia meraih gelaran Juara Asia serta Juara Terbuka Thailand.

Bagaimanapun jodoh mereka tidak berpanjangan apabila hanya mampu bertahan selama 10 bulan apabila kedua-dua pihak dilaporkan berpisah secara baik pada Disember tahun lalu.

Bagi Zii Jia, dia enggan memanjang isu ini sebaliknya memberi tumpuan kepada persediaan skuad negara yang akan menghadapi Kejohanan Badminton Berpasukan Campuran Asia 2023 (BAMTC) di Dubai, Emiriah Arab Bersatu (UAE) dari 14 hingga 19 Februari depan.

“Apa yang saya boleh cakap ialah saya rasa apa yang saya buat mungkin kadang-kadang sangat salah, kadang-kadang sangat betul. Apa yang sudah jadi saya tidak boleh ubah tetapi yang saya tahu kami berpisah secara baik.

“Saya pun tak nak komen terlalu banyak sebab komen banyak (nanti) salah banyak, nanti berita pun banyak saya tidak mahu,” jelas Zii Jia yang menjalani sesi latihan pertama di ABM, semalam.-UTUSAN

 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya