KBS janji selesaikan isu kekurangan gelanggang ABM

KBS janji selesaikan isu kekurangan gelanggang ABM

Menteri Belia dan Sukan, Hannah Yeoh (tengah) ketika melakukan lawatan rasmi ke Akademi Badminton Malaysia (ABM) hari ini. Foto Ihsan KBS
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Kekurangan gelanggang yang mencukup untuk menampung keseluruhan warga pelatih di Akademi Badminton Malaysia (ABM) menjadi antara isu yang bakal diselesaikan oleh Kementeria Belia dan Sukan (KBS).

Menterinya, Hannah Yeoh yang melakukan lawatan rasmi ke badan induk itu di Bukit Kiara hari ini akan mengadakan perbincangan dengan Perbadanan Stadium Malaysia (PSM) untuk mencari penyelesaian terbaik yang dihadapi oleh BAM ketika ini.

Difahamkan, skuad remaja kendalian Datuk Misbun Sidek berlatih di Stadium Juara, Bukit Kiara bagaimanapun mereka tidak dapat meneruskan sesi latihan seperti biasa memandangkan terdapat acara lain yang dianjurkan di situ.

Justeru situasi ini menyaksikan skuad remaja terpaksa berkongsi gelanggang dengan pemain senior di ABM, dan ABM terpaksa merangka jadual khas bagi mengelakkan pertembungan waktu latihan antara satu sama lain.

“Kekurangan tempat latihan bermaksud, pemain badminton perlu menguruskan masa berlatih yang mungkin tidak optimum dan tidak bagus bagi mereka.

“Itu sebab kami akan selesaikan masalah ini secepat mungkin. Itu keutamaan saya berdasarkan lawatan hari ini,” jelas Hannah.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya