Kayuhan The City Ride kini kembali

Kayuhan The City Ride kini kembali

MAHANI (tengah) ketika majlis pra pelancaran kayuhan The City Ride di DBKL baru-baru ini.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Kayuhan OCBC Kuala Lumpur yang popular dengan jolokan ‘The City Ride’ kembali menemui peminatnya pada 12 Mac depan selepas tidak dianjurkan selama tiga tahun gara-pandemik Covid-19.

Kayuhan ini akan melibatkan dua kategori iaitu 42 dan 21 kilometer yang akan merentasi beberapa jalan utama sekitar pusat bandar Kuala Lumpur dengan acara pelepasan bakal bermula di Dataran Merdeka.

Turut dianjurkan dalam kayuhan kali ini adalah kategori baharu iaitu ‘The KL’s Mayor Ride’ sejauh 42km secara berpasukan yang melibatkan 10 pelumba.

Bagi para peminat yang mahu menyertai kayuhan ini, pendaftaran masih dibuka sehingga 16 Februari ini dan ia terbuka kepada perserta berumur 18 tahun ke atas.

Pendaftaran boleh dibuat menerusi laman web www.ocbccyclekl.com dan setakat ini, jumlah peserta yang mendaftar sudah mencecah 2,000 peserta.

Begitupun, bagi para peminat yang belum mendaftar, mereka masih boleh berbuat demikian kerana jumlah maksimum pendaftaran untuk kayuhan beramai-ramai di jalan-jalan tertutup sekitar pusat bandar raya adalah 2,500 peserta.

Empat jenis basikal (untuk kategori lelaki dan wanita) menanti para pemenang kayuhan ini iaitu mountain bike, road bike, folding bike dan juga fat bike.

Datuk Bandar Kuala Lumpur, Datuk Seri Mahadi Che Ngah berkata, pihaknya berbangga kerana acara kayuhan berbasikal secara besar-besaran tunggal di bandar Kuala Lumpur dapat dianjurkan semula.

“Penganjurannya sudah pasti sangat dinanti-nantikan oleh para pelumba amatur dan baharu kerana acara ini membolehkan mereka berkayuh dalam suasana yang sangat selesa dan ikonik.

“Kayuhan OCBC Kuala Lumpur ini melengkapkan aktiviti OCBC KL Car Free Morning yang dianjurkan khusus buat para peminat yang gemarkan kayuhan santai. Kami berasa teruja kerana Kayuhan OCBC KL kembali dianjurkan tahun ini selepas tiga tahun berehat.

“Saya yakin ramai yang sudah tidak sabar untuk turut serta dalam acara ini yang akan berlangsung pada 12 Mac nanti. Ia terbukti kerana jumlah yang sudah mendaftar setakat ini sangat memberangsangkan.

“Ini merupakan satu-satunya kayuhan santai tanpa ada sebarang gangguan di jalan tertutup dengan jarak sejauh 21km. Ia membolehkan para peserta menikmati keindahan Kuala Lumpur sambal mengayuh basikal masing-masing dalam suasana yang tenang.

“Kami mengalu-alukan penyertaandaripada sector korporat dan syarikat-syarikat swasta untukmengambil bahagian dalam The KL Maor’s Ride ini yang sasarannya memupuk semangat berpasukan serta gaya hidupsihat dalam kalangan peserta,” jelas katanya dalam saru kenyataan.

Dalam perkembangan lain, Ketua Pegawai Ekskutif (CEO) OCBC, Syed Al-Amin Syed Kechik berkata, penganjuran semula Kayuhan OCBC Kuala Lumpur adalah berdasar pengalaman luar biasa OCBS ketika menjadi penaja utama beberapa acara popular sejak 2015.

Kayuhan ini yang dikendalikan oleh Multigreen Events, mendapat sokongan daripada Dewan Bandar Raya Kuala Lumpur (DBKL), Polis Diraja Malaysia dan juga Persekutuan Kebangsaan Berbasikal Malaysia (PKBM) dengan OCBC Bank (Malaysia) Berhad tampil selaku penaja utama.-UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya