Kayuhan Azizulhasni dalam pecut tamat di suku akhir

Kayuhan Azizulhasni dalam pecut tamat di suku akhir

AZIZULHASNI AWANG
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Sehari selepas memenangi pingat perak keirin, cabaran Datuk Azizulhasni Awang dalam acara pecut pada Piala Negara-Negara Kesatuan Berbasikal Antarabangsa (UCI) terhenti di suku akhir, sebentar tadi.

Pemenang pingat perak keirin Sukan Olimpik 2020 berusia 35 tahun itu tewas kepada pelumba Israel, Mikhail Yakovlev pada peringkat lapan terakhir di Velodrom Jakarta.

Azizulhasni, yang turut meraih gangsa dalam keirin di Olimpik 2016, selain muncul juara dunia 2017 bermula baik apabila memenangi saingan pertama dengan catatan 10.063 saat (s), mengatasi Yakovlev dengan 0.062s.

Begitupun, Yakovlev mempamer kayuhan lebih pantas dengan 9.812s dan 9.845s pada saingan kedua dan penentuan untuk mara ke separuh akhir.

Semalam, The Pocket Rocketman yang menjalani pembedahan jantung terbuka pada April lalu meraih perak acara kegemarannya, keirin, di belakang juara dunia tiga kali berturut-turut, Harrie Lavreysen dari Belanda manakala Yakovlev membawa pulang gangsa.

Seorang lagi wakil negara, Muhammad Shah Firdaus Sahrom tidak dapat beraksi hari ini kerana mengalami kecederaan selepas berlanggar dengan Sam Dakin dari New Zealand pada saat akhir perlumbaan keirin malam tadi.

Sementara itu, Nurul Izzah Izzati Mohd Asri dan Anis Amira Rosidi gagal melepasi pusingan pertama acara keirin wanita.

Kejohanan di Jakarta, yang pertama daripada tiga siri Piala Negara-Negara itu, adalah kejohanan pertama menawarkan mata kelayakan ke Sukan Olimpik Paris 2024. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya