JDT juara Liga Super lagi

JDT juara Liga Super lagi?

SHAHRUL Saad (dua dari kiri) cuba menghalang rembatan pemain Zenit St Petersburg pada aksi persahabatan terakhir Johor Darul Ta’zim (JDT) di Dubai.-IHSAN JST
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Mungkin terlalu awal untuk bercakap tentang siapa juara Liga Super 2023 namun rata-rata pemerhati dan peminat bola sepak tempatan sudah boleh menjangkakan Johor Darul Ta’zim (JDT) akan dinobatkan sebagai juara kali ke-10.

Dinobatkan juara sembilan kali berturut-turut musim lalu, skuad Harimau Selatan terus menambah bisa pasukannya dengan membawa masuk beberapa pemain baharu bagi mengukuhkan lagi skuad yang serba lengkap berkenaan.

Berakhir aksi pra musim di Dubai, kelmarin dengan menutupnya dengan kekalahan kepada kelab gergasi Russia, Zenit St Petersburg dengan 3-0 tetapi ia adalah pengalaman berharga buat JDT.

Walaupun tewas dengan jurang agak besar, namun pengendali JDT dari Argentina, Esteban Solari dapat mengesan kelemahan bagi diperbaiki segera sebelum aksi pembuka tirai Liga Malaysia merebut Piala Sumbangsih menentang Terengganu FC, 24 Februari ini.

“Ini adalah perlawanan yang kami sememangnya perlukan untuk memastikan kami ‘humble’ dan tidak mengambil apa-apa dengan mudah sebelum bermulanya musim 2023.

“Dengan menentang lawan yang mempunyai standard yang lebih tinggi, dalam situasi ini berdepan juara Russia yang bermain di Liga Juara-Juara UEFA akan membantu kami untuk belajar dan bertambah baik. Ini adalah satu-satunya cara untuk kami menjadi lebih mantap dan lebih kuat.

“Saya telah berbincang dengan ‘Boss’ (Tunku Ismail Sultan Ibrahim) dan berkemungkinan kami akan mengadakan kempen pramusim di Eropah pula pada tahun hadapan,” katanya.

Ia adalah kekalahan kedua JDT dalam lima aksi pramusim selepas turut tewas kepada FC Rostov 2-0, juga dari Russia.

Bagaimanapun, tiga lagi berakhir JDT berjaya melakar kemenangan apabila menewaskan kelab UAE, Fursan Hispania 3-0; menang 1-0 ke atas kelab Bulgaria, FC Levski Sofia dan turut meraih keputusan sama ketika berdepan Lokomotiv Moscow dari Russia.

Musim lalu, skuad Harimau Selatan menyapu bersih saingan Liga Malaysia dengan muncul juara Liga Super buat kali kesembilan berturut-turut selain memenangi Piala Sumbangsih, Piala FA dan Piala Malaysia.-UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya