JDT ampuh pertahan Piala Sultan Haji Ahmad Shah

JDT ampuh pertahan Piala Sultan Haji Ahmad Shah

PASUKAN JDT meraikan kejayaan memenangi Piala Sultan Haji Ahmad Shah dengan menewaskan Terengganu 2-0 di Stadium Sultan Ibrahim, Iskandar Puteri.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

ISKANDAR PUTERI: Juara bertahan, Johor Darul Ta’zim (JDT) memastikan Piala Sultan Haji Ahmad Shah terus berada dalam dakapan selepas menewaskan Terengganu FC (TFC) 2-0 pada perlawanan sumbangsih di Stadium Sultan Ibrahim, di sini malam ini.

Kemenangan tersebut menyaksikan skuad Harimau Selatan menjadi pemilik trofi yang dimenangi sejak 2018, sekali gus mengutip tiga mata pertama.

Skuad kendalian Esteban Solari mempamerkan bertenaga sebaik minit pertama dan hampir membuka jaringan pasa minit ketiga menerusi percubaan Fernando Forestieri, namun sepakan lencongnya sedikit tersasar.

Serangan JDT akhirnya membuahkan hasil pada minit kelima setelah hantaran lintang Bergson Da Silva disempurnakan Juan Muniz yang menanduk bola menewaskan penjaga gol, Mohd. Suhaimi Husin.

Pasukan kendalian Tomislav Steinbruckner hampir dibolosi lagi menerusi percubaan Arif Aiman Hanapi yang mempamerkan kelicikan menggelecek dua pemain TFC sebelum melepaskan rembatan yang diselamatkan penjaga gol.

Arif Aiman mengawal bola walaupun diasak oleh pemain pertahanan Terengganu FC, Pusic Damago pada perlawanan sumbangsih merebut Piala Sultan Haji Ahmad Shah di Stadium Sultan Ibrahim, Iskandar Puteri

Skuad Peteh yang ketinggalan  cuba bangkit menerusi gandingan Adisak Kraison dan Ivan Mamut, namun gagal memberikan impak dan mendatangkan resah buat benteng pertahanan pasukan tuan rumah.

Bersambung babak kedua, anak didik Solari yang selesa dengan jaringan satu gol terus menguasai permainan dengan melakukan umpanan hantaran pendek sambil mengintai ruang untuk menambah jaringan.

Pada minit ke-50, Arif Aiman hampir meletakkan nama dalam senarai penjaring menerusi larian ke dalam kotak penalti, namun rembatan pemain lincah itu berjaya dibaca Mohd. Suhaimi yang bersedia menangkap bola kemas.

Arif Aiman terus menjadi duri dalam daging bagi Skuad Penyu apabila mencipta jaringan dengan melakukan sepakan lintang yang diusahakan penjaring terbanyak musim lalu, Bergson meletakkan JDT pada kedudukan selesa pada minit ke-57.

Harimau Selatan terus bernafsu menghukum TFC yang dilihat berdepan kesukaran mengekang gandingan serangan Bergson dan Forestieri.

Anak didik Steinbruckner tampak buntu dan hilang punca serta gagal menemui rentak untuk bangkit pada perlawanan itu dan keputusan 2-0 kekal hingga ke wisel penamat.-UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya