Jackie belum puas walaupun raih emas

Jackie belum puas walaupun raih emas

JACKIE WONG
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Atet baling tukul besi lelaki negara, Jackie Wong belum berpuas hati dengan prestasi semasanya walaupun berjaya memenangi pingat emas pada Kejohanan Trek dan Balapan Kebangsaan hari ini.

Jackie berkata, dia menyasarkan untuk sekurang kurang-kurangnya membuat balingan sejauh 64 meter (m) dalam kejohanan itu, namun gagal berbuat demikian kerana belum menemui rentak sebenar.

“Sebenarnya saya tidak berpuas hati kerana tidak dapat capai sasaran yang diletakkan iaitu 64m  apabila sekadar melakukan catatan 62m.

“Sekarang saya baharu sahaja mula turun ke lapangan bulan lalu dan selesai buat MRI (Pengimejan Resonans Magnetik) untuk kecederaan yang dialami,” katanya yang merupakan pemegang rekod kebangsaan dengan catatan  68.22m.

Mewakili Angkatan Tentera Malaysia (ATM), Jackie membuat lontaran 62.03 m bagi meraih pingat emas, manakala perak dimenangi atlet Negeri Sembilan, Sadat Marzuqi Ajisan dengan catatan 58.64 m.

Gangsa milik atlet Polis Diraja Malaysia (PDRM), Rizhan Rajmi dengan catatan 43.4 m.

“Selepas ini saya akan buat persiapan lebih rapi untuk kejohanan Sukan Sea Kemboja pada Mei nanti.

“Saya harap baki tempoh yang ada ini dapat digunakan sebaiknya untuk dapatkan semula rentak kerana saya mahu sasar pingat di temasya itu nanti,”ujarnya yang merupakan pemenang pingat emas dalam Sukan SEA 2021 di Hanoi. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya