Impian Olimpik Sze Fei belum padam

Impian Olimpik Sze Fei belum padam

GOH SZE FEI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Impian Goh Sze Fei untuk memburu tiket ke Sukan Olimpik 2024 di Pa­ris belum terpadam biarpun masih diselubungi kekecewaan terpaksa berpisah dengan gan­dingannya dalam beregu lelaki, Nur Izzuddin Rumsani.

Ia bakal menjadi tugasan mencabar buat Sze Fei yang masih menantikan pasangan baharu untuk memenuhi misi layak temasya sukan terbesar dunia itu kerana perlu sekurang-kurangnya berada pada kelapan dunia dalam tempoh setahun.

Berdasarkan peraturan di­tetapkan Persekutuan Badminton Dunia (BWF), untuk sesebuah negara menghantar dua wakil ke Sukan Olimpik, pemain atau beregu tersebut perlu berada di kelompok lapan terbaik ranking kelayakan sebelum tarikh tutup 30 April 2024.

“Benar kenapa tidak (beraksi di Olimpik). Tapi saya kena bincang perkara ini dengan jurulatih dan pasangan baharu saya.

“Sebab impian saya adalah bergelar juara yang saya rasa semua orang idamkan. Apa yang penting pasangan saya perlu ada impian yang sama.

“Bermula dari awal ia se­ring kali bukan perkara mudah, namun itu tidak bermaksud saya perlu berhenti mencuba,” kata Sze Fei ketika ditemui di Akademi Badminton Malaysia, Bukit Kiara semalam.

Sze Fei dan Izzuddin merupakan juara Terbuka Jerman tahun lalu, namun mereka berdepan isu prestasi dengan tersingkir awal dalam dua kejohanan pertama tahun ini – Terbuka Malaysia serta India.

Pasangan itu kemudian menarik diri daripada Indonesia Masters minggu lalu, sebelum Izzuddin meminta untuk berpisah.

Sze Fei pernah berpasangan bersama pemain muda, Goh Boon Zhe pada Cabaran Antarabangsa di Ipoh, Disember lalu, bagaimanapun

gandingan tersebut hanyalah bersifat eksperimen semata-mata.

“Gandingan baharu masih dalam proses perbincangan. kita belum ada kata putus. Jika ada keputusan, Rexy (Mainaky) akan umumkan.

“Kita nak bila keputusan ke­luar ia akan bermanfaat untuk pe­main itu dan mampu ikut se­perti dirancangkan,” kata Sze Fei.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya