Harimau Malaya bakal diuji pasukan Piala Dunia

Harimau Malaya bakal diuji pasukan Piala Dunia

SKUAD Harimau Malaya
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Persiapan skuad Harimau Malaya bagi menghadapi Piala Asia akan lebih mantap dengan perancangan awal telah tersedia, biarpun saingan tertinggi Asia itu dijadualkan berlangsung pada Januari tahun depan di bumi Qatar.

Menyedari lawan di Piala Asia lebih mencabar dan kuat, difahamkan Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) telah membuat persiapan rapi, malah telah mengatur beberapa aksi persahabatan berdepan pasukan yang memiliki ranking dunia di tangga ke-100 ke atas.

Tentu sekali, ia akan menjadi medan terbaik untuk skuad kendalian Kim Pan Gon menyediakan pasukan terbaik bagi mengharungi kejohanan tersebut.

Dua pasukan itu bakal dihadapi skuad kebangsaan bermula pada aksi jendela antarabangsa pada bulan depan.

Menurut sumber, adalah sangat penting untuk pemain-pemain negara mendapat pendedahan sebegitu kerana semua sedia maklum bahawa lawan di Piala Asia lebih mencabar dan berkualiti tinggi berbanding di ASEAN.

“Kita akan lawan pasukan yang miliki ranking lebih tinggi daripada kita. Pasukan mana saya tidak boleh beritahu sekarang tetapi akan ada kejutan.

“Pasukan lawan yang akan kita lawan pada Mac ini akan diumumkan tidak lama lagi. Kedua-dua perlawanan persahabatan itu akan dimainkan dalam negara,” kata sumber berkenaan.

Difahamkan pasukan yang dimaksudkan itu sudah beberapa kali membuat penampilan di Piala Dunia termasuk di Qatar pada hujung tahun lalu.

Skuad Harimau Malaya layak ke Piala Asia secara merit selepas berjaya muncul lima naib juara terbaik dalam Kelayakan Piala Asia pada Jun tahun lalu.

Kejayaan itu cukup manis di mana ia menamatkan badi selama 42 tahun selepas kali terakhir beraksi di Piala Asia pada 1980 yang berlangsung di Kuwait, dengan Malaysia ketika itu menamatkan saingan peringkat Kumpulan B di tangga ketiga di belakang Korea Selatan dan tuan rumah, sekali gus hampa gagal ke separuh akhir.-UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya