Hanis boleh jumpa MSN, MHC buat rayuan - Hannah

Hanis boleh jumpa MSN, MHC buat rayuan – Hannah

HANNAH Yeoh (tengah) ketika mengadakan lawatan ke Akademi Badminton Malaysia (ABM), Bukit Kiara hari ini.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Penyerang hoki wanita negara yang kini dilanda kontroversi, Hanis Nadiah Onn mungkin boleh memperoleh peluang kedua untuk kembali menyarung jersi kebangsaan selepas dia sah digantung dan tidak dibenarkan beraksi di Sukan SEA Kemboja Mei depan.

Perkara itu dijelaskan oleh Menteri Belia dan Sukan, Hannah Yeoh yang mengatakan pemain itu boleh merayu kepada Jawatankuasa Bebas yang dibarisi oleh panel daripada Majlis Sukan Negara (MSN) dan Konfederasi Hoki Malaysia (MHC).

Hanis dijatuhi hukuman tersebut gara-gara mengeluarkan komen yang berbaur perkauman di Instagram ketika penganjuran konsert komposer dan penyanyi terkenal India, AR Rahman di Bukit Jalil, bulan lalu.

“Ini adalah siasatan bersama MSN and MHC, jadi ini hasil penemuan mereka. Cadangan keputusan telah diambil, mereka putuskan, dan kita kena hormatinya.

“Sama ada hendak merayu atau tidak, dia (Hanis),  boleh berjumpa Datuk (Ahmad) Shapawi Ismail (Ketua Pengarah MSN) atau Datuk Seri Subahan Kamal (Presiden MHC) tetapi itu  keputusan yang telah pun diumumkan semalam dalam kenyataan media yang dikeluarkan,” jelas Hannah ketika ditemui dalam sesi lawatan ke Akademi Badminton Malaysia (ABM), Bukit Kiara hari ini.

Dalam masa yang sama, MHC boleh menilai semula keputusan itu sekiranya Hanis mempamerkan sikap positif sepanjang tempoh tertentu.

Hanis, 27, merupakan tonggak skuad hoki wanita kebangsaan, dan ketiadaannya mungkin merencatkan peluang Malaysia untuk menggapai pingat emas di temasya dwi tahunan itu memandangkan kali terakhir hoki dipertandingkan di Sukan SEA adalah edisi 2017 Kuala Lumpur. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya