Hamidin tanding Ahli Majlis FIFA

Hamidin tanding Ahli Majlis FIFA

Presiden FAM, Datuk Hamidin Mohd Amin (kanan) menyampaikan hadiah jersi Harimau Malaya `HANAYO 9' kepada Menteri Belia dan Sukan, Hannah Yeoh di Stadium Nasional, Bukit Jalil, baru-baru ini. - IHSAN FAM
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Tujuh calon termasuk Presiden Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM), Datuk Hamidin Mohd Amin akan bertanding bagi mengisi lima kerusi Ahli Majlis Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa (FIFA) pada Kongres Konfederasi Bola Sepak Asia (AFC) 2023 di Manama, Bahrain malam ini.

Hamidin menjadi satu-satu wakil Malaysia yang bakal merebut jawatan sebagai wakil Asia di badan induk bola sepak dunia itu.

Selain Hamidin, tokoh lain yang dicalonkan ialah Presiden Persatuan Bolasepak Qatar (QFA), Sheikh Hamad Khalifa Ahmed Al-Thani, Presiden Persekutuan Bolasepak Asia Timur (EAFF), Du Zhaocai (China), Presiden Persatuan Bolasepak Jepun (JFA) Kohzo Tashima; Presiden Persatuan Bolasepak Korea Selatan (KFA), Chung Mong Gyu; Presiden Persatuan Bolasepak Filipina, Mariano Araneta dan Presiden Persatuan Bolasepak Arab Saudi, Yasser H Almisehal.

Sama-sama kita warga bola sepak Malaysia mendoakan kejayaan akan berpihak kepada Hamidin untuk mengisi salah satu kerusi Ahli Majlis FIFA itu bagi penggal 2023-2027.- UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya