'Gelombang merah' gagal bangkitkan semangat Kelantan FC

‘Gelombang merah’ gagal bangkitkan semangat Kelantan FC

NUHA Krubally (kiri) cuba melepasi kawalan pertahanan Kuching City pada aksi Liga Super di Stadium Sultan Muhammad IV, Kota Bharu, Kelantan sebentar tadi.-UTUSAN/KAMARUL BISMI KAMARUZAMAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KOTA BHARU: Kelantan FC mensia-siakan kelebihan mendahului 1-0 sebelum membuka kempen Liga Super musim ini dengan langkah ‘sumbang’ apabila tumpas 1-2 kepada Kuching City, sebentar tadi.

Kehadiran ‘gelombang merah’ di Stadium Sultan Muhammad IV pada awalnya tampak menaikkan semangat The Red Warriors (TRW) apabila membuka jaringan menerusi Cifuentes pada minit ke-51.

Bagaimanapun dua jaringan pasukan pelawat yang disempurnakan Abdallah Sudi, tujuh minit kemudian, diikuti Abu Kamara pada minit ke-71 memberi permulaan menyakitkan buat tuan rumah.

Kelantan FC memperoleh kesempatan terbaik untuk memecah kebuntuan jaringan pada minit ke-26, namun sepakan percuma yang diambil oleh Mario Arques terkena tiang sebelah kanan gawang gol Kuching City.

TRW terus mengasak kubu pelawat namun dua peluang terhidang masing-masing yang diperoleh melalui Miguel Cifuentes (minit ke-28) dan Cristian Rontini (minit ke-29) berjaya dinafikan oleh ketangkasan Norazlan Razali di pintu gol pelawat.

Keghairahan Kelantan FC melakukan serangan hampir dihukum Kuching City, namun Mohamad Rozaimi Rahmat berjaya melayangkan badan untuk menangkap kemas bola tandukan Abdullah pada minit ke-39 dan keputusan terikat tanpa jaringan itu kekal sehingga tamat aksi babak pertama.

MIGUEL Cifuentes meraikan gol pertama Kelantan FC pada aksi Liga Super menentang Kuching City di Stadium Sultan Muhammad IV, Kota Bharu.-UTUSAN/KAMARUL BISMI KAMARUZAMAN

Stadium Sultan Muhammad IV akhirnya bergema dengan sorokan ‘perwira ke-12’ apabila Cifuentes meledak jaringan pertama Kelantan FC selepas tenang menyambar bola rembatan Nuha Krubally yang sebelum itu terkena tiang gol Kuching City.

Abdallah kembali membangkitkan semangat juang Kuching City apabila menyamakan kedudukan pada minit ke-58 untuk mengikat kedudukan menjadi 1-1.

Keghairan tuan rumah untuk menambah jaringan akhirnya dihukum Abu Kamara apabila meledak jaringan kedua Kuching City pada minit ke-71 selepas bijak memanfaatkan peluang terhidang dan keputusan itu kekal sehingga tamat perlawanan. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya