Gara-gara Izzudin, gandingan Patatimo Boys dikorbankan

Gara-gara Izzudin, gandingan Patatimo Boys dikorbankan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Pemain beregu lelaki negara, Wan Arif Wan Junaidi tidak berselindung kecewa apabila terpaksa dipisahkan dengan pasangannya, Muhammad Haikal Nazri bagi memberi laluan kepada pembentukan gandingan baharu selepas konflik dalaman yang melanda Juara Terbuka Jerman 2022, Nur Izzudin Rumsani dan Goh Sze Fei yang mahu berpisah.

Arif dan Haikal membentuk gandingan ampuh sejak dari skuad remaja dan pernah menduduki kedudukan No. 1 Dunia ranking remaja dunia kini terpaksa membawa haluan masing masing apabila dia akan bergandingan dengan Yap Roy King, manakala Haikal pula akan berpasangan dengan Izzudin.

Sze Fei pula sebelum itu sudah pun diberikan pasangan bahari iaitu Choong Hon Jian yang sebelum itu banyak berkhidmat dalam acara beregu campuran.

“Perasaan saya memang sedih dan kecewa selepas dengar pengumuman tersebut Jumaat lalu kerana perkara ini berlaku secara tiba-tiba. Memang agak sedih dan saya hanya berdiam diri, cuma beritahu kepada keluarga.

“Ketika itu, saya terkilan kerana terfikir-fikir siapakah pasangan baharu nanti. Selepas mengadakan pertemuan dan berbincang dengan Rexy, ia sedikit sebanyak dapat meredakan rasa kecewa,” jelas Arif yang ditemui di Akademi Badminton Malaysia (ABM), Bukit Kiara semalam.

Roy King, 21 tahun sebelum ini beraksi dalam dua acara iaitu beregu lelaki dan campuran. 

Bagaimanapun selepas gandingan asalnya dalam beregu lelaki, Chang Yee Jun digugurkan oleh Persatuan Badminton Malaysia (BAM), Roy King menumpukan perhatiannya kepada beregu campuran sahaja dan bergandingan dengan Valeree Siow ketika Cabaran Antarabangsa Iran yang berlangsung minggu lalu. 

“Mungkin Roy King boleh bermain di bahagian belakang dan saya akan tukar ke hadapan. Sebelum ini ketika bersama Haikal, kami bergilir-gilir ambil tanggungjawab untuk bermain di bahagian depan dan belakang,” tambah Arif.

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya