Fury menangis tumpaskan Paul

Fury menangis tumpaskan Paul

Tommy Fury meraikan kejayaan menumpaskan Youtuber terkenal Amerika Syarikat, Jake Paul dalam pertarungan tinju paling mencuri tumpuan di Arena Diriyah, Riyadh, Arab Saudi semalam. – AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

RIYADH: Tommy Fury mengelak dari terjatuh untuk menumpas­kan Jake Paul dalam pertaru­ngan tinju penuh emosi antara dua selebriti di Arena ­Diriyah, Arab Saudi semalam.

Pertarungan dramatik itu menyaksikan beberapa insiden, antaranya di pusi­ngan kelima yang menyaksikan pe­tinju Youtuber, Paul dari Amerika Syarikat (AS) dipotong mata selepas menumbuk belakang kepala lawannya yang merupakan bintang realiti televisyen Britain.

Begitu juga dengan Fury yang turut dipotong mata apabila bertindak memeluk Paul ­ketika pertarungan hanya ­berbaki enam minit untuk ditamatkan.

Selepas lapan pusingan, Fury yang merupakan adik tiri ­kepada bintang tinju Inggeris, Tyson Fury menewaskan Paul dengan keputusan juri 76-73, 76-73, 74-75.

Kemenangan itu cukup dra­matik buat Fury memandangkan ia sudah pun tertunda dua tahun, sehinggakan ada pihak mendakwa dia sebagai penakut kerana menarik diri dalam dua pertarungan yang dijadualkan untuknya sebelum ini.

Fury, 23, yang menangis sejurus tamat pertarungan mende­dikasikan kemenangan buat teman wanitanya, Molly-Mae Hague serta anak perempuan mereka, Bambi.

BINTANG realiti televisyen yang juga petinju Britain, Tommy Fury (kiri) ketika menentang Youtuber terkenal Amerika Syarikat, Jake Paul dalam pertarungan tinju paling mencuri tumpuan di Arena Diriyah, Riyadh, Arab Saudi semalam. – AFP

“Malam ini saya mencipta legasi saya sendiri, saya adalah Tommy Fury.

“Saya ingin mendedikasikan kemenangan ini kepada isteri dan anak perempuan saya.

“Saya amat menyayangi anda, saya sudah tidak sabar untuk berjumpa dengan anda semula. Perlawanan ini adalah untuk anda,” jelas Fury.

Fury kini memulihkan repu­tasinya dan paling pen­ting me­ngekalkan rekod tanpa kalah di Arab Saudi.

Paul, 26, yang tumpas dalam pertarungan pertamanya ­sebagai petinju profesional mengucapkan tahniah kepada Fury dan berikrar akan bangkit semula.

“Segala hormat kepada Tommy kerana menang pertarungan hari ini.

“Jangan nilai saya dengan kemenangan tetapi nilailah saya kerana kekalaha. Saya akan kembali.

“Saya fikir kami berhak ­mendapat pertarungan ulangan, ia pertarungan yang bagus,” ­katanya. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya