Cheng Hoe belum temui kesebelasan terbaik

Cheng Hoe belum temui kesebelasan terbaik

PERTAHANAN Kedah dari Serbia, Bojan Ciger diasak pertahanan Selangor Sharul Nazeem Zulpakar pada aksi persahabatan di Stadium Batu Kawan, Pulau Pinang, kelmarin.-IHSAN KDAFC
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Pengendali Selangor FC, Tan Cheng Hoe mengakui objektif utama menyertai Piala Cabaran ini adalah mencari ramuan terbaik dalam membentuk pasukannya sebelum sepak mula Liga Malaysia hujung bulan ini.

Bercakap mengenai beberapa pemain baharu termasuk trio skuad Harimau Malaya, Faisal Halim, Khuzaimi Piee, V. Ruventhiran serta penyerang import, Ayron Del Valle, secara keseluruhan mereka masih mencari keserasian bersama pasukan.

Begitupun, secara keseluruhan semua pemain menunjukkan peningkatan dan beliau berharap tahap permainan akan lebih baik menjelang aksi berdepan Penang FC malam ini.

“Mereka masih lagi cuba menyesuaikan diri dan mencari keserasian dengan pasukan. Tentang tiga pemain ini saya tidak risau kerana mereka telah bersama dalam pasukan kebangsaan.

“Tentang Ayron kita tahu dia baru seminggu bersama pasukan dan banyak aspek dia perlu sesuaikan diri termasuk cuaca, makanan, keserasian dan sebagainya tapi daripada segi kualiti, kita dapat lihat walaupun dimasukan selama 15 minit,” katanya kepada Utusan Malaysia, semalam.

Dalam perlawanan jemputan Piala Harapan di Stadium Batu Kawan itu, Selangor FC berjaya mara ke pentas final selepas menang menerusi penentuan sepakan penalti 6-5 ke atas Kedah Darul Aman FC, di mana kedua-dua pasukan terikat tanpa jaringan dalam aksi sebenar.

Beraksi di pentas final malam ini, skuad Red Giants akan bertemu pasukan tuan rumah Penang FC yang sebelum itu menundukkan kelab Singapura, Geylang International dengan 4-0.

“Kita datang ke sini lebih kepada mencari minit permainan dan membentuk kombinasi pemain dan melihat apa yang diterapkan dalam latihan diaplikasikan dalam padang.

“Keputusan menjadi perkara kedua untuk aksi final esok (malam ini) tetapi apa yang saya mahu lihat pemain mampu beraksi lebih baik berbanding ketika menentang Kedah,” jelasnya.

Mengulas mengenai kemenangan ke atas Kedah itu, Cheng Hoe akui pemainnya masih belum mencapai tahap permainan diinginkan terutama berkaitan tahap kecergasan.

“Kalau kita lihat dari segi tahap kecergasan, setiap pemain masih belum capai tahap yang kita nak. Oleh sebab itu saya bahagikan kepada dua pasukan dengan pasukan pertama beraksi di separuh masa kedua, dan memasukkan pasukan kedua pada separuh masa kedua,” jelasnya.-UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya