Bayangan pingat Olimpik masih kabur

Bayangan pingat Olimpik masih kabur

LEE ZII JIA
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Melihat prestasi terkini pemain badminton negara, peluang untuk melihat sukan itu membawa pulang pi­ngat pada Olimpik 2024 di Paris tampak kabur jika kerja-kerja ‘menaik taraf’ kualiti gagal berjalan dengan baik.

Dalam perseorangan lelaki, permainan Lee Zii Jia dan Ng Tze Yong yang dianggap sandaran terbaik Malaysia tampak tidak stabil.

Bagi saingan beregu lelaki serta wanita Aaron Chia-Soh Wooi Yik dan M. Thinaah-Pearly Tan masih sandaran terbaik, namun dalam sektor lain terutama perseorangan wanita serta beregu campuran tiada yang benar-benar meyakinkan.

Bekas pemain dan jurulatih kebangsaan, Datuk James Selvaraj percaya, apa yang dilakukan pemain sepanjang proses kelayakan atau ‘Race to Paris’ berlangsung dari 1 Mei ini sehingga 28 April 2024 akan memberi gambaran sebenar kemampuan mereka.

Begitupun ketika ini, status kebanyakan pemain agak membimbangkan dan tiada yang benar-benar dilihat berpotensi bukan sahaja meraih emas, malah pingat lain.

“Semua pemain kita mesti melayakkan diri dulu ke Sukan Olimpik sebab apa yang saya nampak sekarang, prestasi mereka seperti takut-takut dan tiada mentaliti untuk menang.

“Apakah mereka sesuai disandarkan harapan untuk meraih pingat, ia sangat terbuka. Kalau mahu pingat emas di Paris, mereka kena ubah cara pemikiran untuk menang.

“Ketika ini lebih banyak fear factor (perasaan takut) berbanding rasa mahu menang. Jadi untuk sekarang, mereka tidak boleh letak sasaran emas terus, kena layak dulu ke Olimpik,” katanya kepada Utusan Malaysia.

Mengenai Tze Yong, yang meraih pingat perak perseorangan lelaki Sukan Komanwel tahun lalu, James percaya, pemain No. 28 dunia itu memerlukan banyak lagi pengalaman bertemu jaguh dunia bagi bagi memperbaiki gaya permainan.

Pemisahan beregu lelaki, Nur Izzuddin Rumsani-Goh Sze Fei ekoran kemerosotan prestasi, selain pasangan ‘Patatimo Boys’, Wan Muhammad Arif Wan Junaidi-Muhammad Haikal Nazri juga bukan berita baik menjelang Olimpik.

Kata James, gandingan baharu Nur Izzudin-Haikal Nazri dan Wan Arif-Yap Roy King perlu diberi ruang mendapat keserasian, termasuk taktikal sebelum kedua-duanya wajar menerima kritikan atas mutu permainan mereka.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya