BAM mengutuk keras kenyataan tidak bermoral Guang Yik

BAM mengutuk keras kenyataan tidak bermoral Guang Yik

Bong Guang Yik yang mengeluarkan kenyataan tidak bermoral membabitkan sentiman agama dalam akaun tiktoknya.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Persatuan Badminton Malaysia (BAM) mengutuk sekeras-kerasnya tindakan bekas pemainnya, Bong Guang Yik yang mengeluarkan kenyataan bersifat perkauman di dalam akaun media sosialnya.

Menerusi klip video yang dimuatnaik di aplikasi tiktok berdurasi 1 minit 17 saat, Guang Yik yang kini menetap di China mendakwa badan induk itu mengamalkan sikap layanan berat sebelah kerana dikuasi oleh orang Melayu dan ibadah solat lima waktu yang diwajibkan ke atas orang Islam antara punca punca kelemahan pengurusan tertinggi BAM untuk menghasilkan keputusan yang positif untuk negara.

Justeru BAM telah pun mengambil tindakan selanjutnya dengan mengutuskan surat aduan rasmi kepada Persatuan Badminton China (CBA) untuk menggesa badan induk itu tidak meneruskan khidmat Guang Yik sebagai jurulatih di salah sebuah kelab di negara tersebut.

“BAM amat jijik dengan kenyataan dikeluarkan dan akan mengutuskan surat aduan rasmi kepada Persatuan Badminton China. Tiada ruang untuk komen sedemikian dilontarkan dalam sesebuah masyarakat terutamanya dalam negara kita dan kami kita akan bertoleransi tentang hal ini.

“Pihak persatuan juga mengutuk sekeras-kerasnya setiap bentuk diskriminasi dan menggesa CBA untuk mengambil tindakan swajarnya ke atas individu tersebut. Orang yang bersifat perkaumana tidak seharusnya diambil menjadi jurulatih dalam sebuah sukan yang dicintai berjuta manusia seluruh dunia tanpa mengira bangsa dan agama.

“BAM dan rakan sekutunya tidak akan pernah menerima individu ini untuk terlibat dengan sebarang aktivi badminton di Malaysia,” jelas BAM dalam satu kenyataan rasmi yang dikeluarkan sebentar tadi.

Kenyataan tidak bermoral dan tiada tanggungjawab ini turut mendapat reaksi Menteri Belia dan Sukan (KBS), Hannah Yeoh yang mengecam sekeras-kerasnya sebarang ucapan perkauman dan pertikaian agama yang dibangkitkan walaupun beliau telah meminta maaf.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya