Azizulhasni sandaran pingat emas Paris 2024

Azizulhasni sandaran pingat emas Paris 2024

AZIZULHASNI Awang (dua, kiri) dan Pandelela Rinong (dua, kanan) bergambar bersama Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, Hannah Yeoh (kiri) dan Adam Adlis elepas menerima anugerah Olahragawan serta Olahragawati Kebangsaan dalam ASN 2021. - UTUSAN/SHIDDIEQIIN ZON
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Memenangi pingat gangsa di Rio de Janeiro 2016, diikuti perak pada Tokyo 2020, jaguh berbasikal negara, Datuk Azizulhasni Awang mampu menukar kedua-dua pingat yang dimenangi sebelum ini menjadi emas pada Sukan Olim­pik 2024 di Paris.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, jaguh berbasikal trek negara itu menjadi sandaran terbaik untuk merealisasikan misi meraih emas pertama Malaysia.

“Azizulhasni memang masuk dalam senarai tinggi (meraih emas) dalam Majlis Olimpik Malaysia (MOM) dan kita harap yang lain turut bersemangat untuk memburu pingat.

“Saya ada berbincang de­ngan Presiden MOM (Tan Sri ­Mohamad Norza Zakaria) ­kerana tak boleh sebut satu atau dua pingat emas nanti kecil hati yang lain.

“Mengenai permintaan agar bajet (sukan) jangan dikurangkan, saya akan bincang de­ngan Menteri Kewangan pada minggu hadapan,” katanya selepas ­me­nyampaikan Anugerah ­Sukan Negara (ASN) 2021 semalam.

AZIZULHASNI Awang (kiri) dan Pandelela Rinong atlet terbaik Malaysia 2021.

Semalam, Azizulhasni dinobat sebagai Olahragawan Kebangsaan buat kali kelima hasil kejayaan meraih pingat perak dalam acara keirin di Tokyo, manakala gelaran Olahragawati Kebangsaan milik ratu terjun, Datuk Pandelela Rinong.

Anugerah Olahragawan ­Paralimpik pula milik jaguh powerlifting, Bonnie Bunyau Gustin, manakala Olahragawati Paralimpik dimenangi perenang, Brenda Anellia Larry.

Pemenang Olahragawan dan Olahragawati Kebangsan serta Paralimpik menerima piala, ­piala iringan, sijil dan ha­diah wang tunai RM20,000 yang ­disampaikan Perdana Menteri semalam.

ASN turut menawarkan ­tujuh anugerah lain iaitu Pasukan Lelaki dan Wanita Kebangsaan, Jurulatih Lelaki dan Wanita Kebangsaan, Anugerah Tokoh Sukan, Anugerah Kepimpinan Sukan dan Anugerah Khas.

BONNIE menerima anugerah Olahragawan Para 2021.

Anugerah berprestij yang mula diperkenalkan sejak 1966 itu adalah pengiktirafan tertinggi kerajaan bagi menghargai kecemerlangan sepanjang tahun yang dicapai atlet, jurulatih, pegawai dan persatuan sukan kebangsaan.

Sementara itu, Menteri Belia dan Sukan, Hannah Yeoh ketika berucap pada ASN 2021 berkata, atlet negara sudah melakar ­pencapaian yang terbaik dan luar biasa dalam beberapa temasya di rantau Asia serta kejohanan berprestasi di pentas dunia pada 2020 dan 2021.

“Menerusi pengiktirafan di ASN 2021 kali ini, diharapkan ia jadi penyuntik sema­ngat atlet negara terus berjuang, menjadi inspirasi dan mencetuskan semangat perpaduan dalam kalangan rakyat Malaysia secara ­keseluruhannya,” katanya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya