Atsu masih hilang biarpun dikatakan sudah selamat

Atsu masih hilang biarpun dikatakan sudah selamat

Christian Atsu
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

HATAY, Turki: Bekas pemain sayap Newcastle, Christian Atsu masih hilang selepas gempa bumi di Turki, walaupun terdapat laporan sebelum ini mengatakan yang dia telah diselamatkan dari runtuhan bangunan.

Terdapat kekeliruan, dan laporan yang bercampur aduk mengenai keadaan Atsu sejak gempa bumi yang telah mengorbankan lebih 20,000 orang di Turki dan Syria. 

Selasa lalu, Persatuan Bola Sepak Ghana mengesahkan bahawa Atsu telah ‘berjaya diselamatkan daripada runtuhan bangunan.’

Bagaimanapun, pengarah kelab Atsu, Hatayspor, Volkan Demirel pula berkata, pemain berusia 31 tahun itu belum ditemui sehingga kini. 

“Belum ada maklumat mengenai keberadaannya, kami tidak tahu di mana dia berada dan kes ini bukan sebab dia ditarik keluar atau dibawa ke tempat lain,” katanya.

Ejen Atsu, Nana Sechere juga berkata, lokasi terakhir pemain bola sepak itu tidak diketahui.

“Berikutan kemas kini yang dibuat semalam oleh kelab (Hatayspor), Christian telah ditarik keluar hidup-hidup, namun kami masih belum dapat mengesahkan keberadaannya. 

“Seperti yang anda boleh bayangkan, keadaan sekarang akan terus menjadi waktu yang dahsyat buat keluarganya dan kami lakukan apa sahaja yang mampu untuk mencari Christian,” tulisnya di Twitter. 

Atsu yang pernah berkhidmat dengan Newcastle, Chelsea, Everton dan Bournemouth, menyertai Hatayspor pada September tahun lalu. 

Dia terperangkap dalam gempa bumi beberapa jam selepas menjaringkan gol kemenangan pada masa kecederaan. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya