Atsu ditakdirkan terkorban di Turkiye

Atsu ditakdirkan terkorban di Turkiye

CHRISTIAN ATSU
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

LONDON: Pemain sayap Ghana, Christian Atsu membatalkan hasrat untuk meninggalkan Turkiye pada saat akhir hanya beberapa jam sebelum terkorban dalam gempa bumi yang melanda selatan negara itu.

Bekas bintang Liga Perdana Inggeris itu disahkan maut hari ini, 12 hari selepas tragedi yang mengorbankan lebih 45,000 nyawa di Turkiye dan utara Syria.

Atsu, 31, sepatutnya terbang ke Perancis untuk melawat keluarganya pada malam sebelum gempa bumi berskala 7.8 magnitud tetapi mengubah fikiran saat akhir selepas menjaringkan gol kemenangan ketika membantu Hatayspor menewaskan Kasimpasa dalam Liga Super Turkiye.

“Christian Atsu menjaringkan gol kemenangan saat akhir ketika menentang Kasımpasa.

“Sebenarnya dia mahu keluar negara melawat keluarganya di Perancis.

“Tetapi apabila dia beraksi cemerlang dan menjaringkan gol, dia menangguhkan hasratnya.

“Gempa bumi berlaku pada hari paling gembira dalam hidupnya. Dia dijadual menaiki pesawat pukul 11 malam tapi dia membatalkannya.

“Gempa bumi berlaku pukul 4 pagi, tragedi sangat menyedihkan,” kata Pengurus Pentadbiran Hatayspor, Fatih Ilek kepada media Turki, Radyospor. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya