Zamsaham mahu TRW lebih 'bekeng' di Liga Super

Zamsaham mahu TRW lebih ‘bekeng’ di Liga Super

Kelantan FC mahu mempamerkan aksi lebih baik di Liga Super musim ini.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KOTA BHARU: Pemilik Kelantan FC Norizam Tukiman atau Zamsaham mahu The Red Warriors (TRW) tampil lebih ‘bekeng’ atau garang pada aksi Liga Super musim ini dibawah kendalian Choi Moon Sik.

Bercakap kepada Utusan Malaysia, Zamsaham berkata Moon Sik yang mempunyai pengalaman luas dalam arena bola sepak dan sebagai jurulatih mampu memberi nafas baharu kepada Kelantan FC.

“Jadi saya mahu melihat corak permainan lebih ‘bekeng’ berbanding saingan sebelum ini. Saya harap barisan pemain TRW dapat menyesuaikan diri dengan corak latihan serta taktikal diterapkan Moon Sik.

“Pada masa sama, keserasian antara pemain perlu dibentuk secepat mungkin sebelum bermulanya saingan sebenar Liga Super,” katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia, semalam.

Zamsaham turut mahu, aspek kecergasan barisan pemain Kelantan terus diperkasakan ke tahap terbaik bagi membolehkan mereka terus memberikan aksi cemerlang sepanjang musim.

Katanya, Kelantan telah membawa masuk Hyo Jun Park sebagai jurulatih kecergasan baharu bagi merealisasikan hasrat itu.

“Jun Park mempunyai pengalaman luas dalam bidang kecergasan sukan dan pernah bersama beberapa kelab bola sepak seperti Pohang Dteelers (Korea Selatan) dan Confianda-SE (Brazil).

“Untuk musim pertama, Kelantan menyasarkan kedudukan 10 pasukan terbaik. Sasaran itu tampak realistik bagi TRW sebagai pendatang baharu dalam liga utama tempatan itu.

“Jika Kelantan FC menunjukkan prestasi baik dan mencapai sasaran tersebut, saya mungkin akan mempertingkatkan cita-cita untuk mencapai kedudukan lima pasukan terbaik pada pusingan kedua,” ujarnya.

Tambah beliau berkata, TRW akan kekal sebagai pasukan ‘underdog’.

“Pasukan juga sedang dalam proses melengkapkan kuota sembilan pemain import dan buat masa ini baru tiga berjaya diselesaikan. Masih ada beberapa pemain import dari Afrika, Eropah dan Asia yang bakal kita uji nanti,” katanya.-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya