TMJ tawarkan jawatan CEO JDT kepada Khairy

TMJ tawarkan jawatan CEO JDT kepada Khairy

TMJ membuat tawaran kepada Khairy Jamalaluddin bagi jawatan CEO JDT di laman Instagramnnya.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Pemilik Johor Darul Ta’zim (JDT), Tunku Ismail Sultan Ibrahim tidak menunggu lama untuk ‘menyambar’ Khairy Jamaluddin bagi dilantik sebagai Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) JDT.

Tunku Mahkota Johor (TMJ) membuat tawaran itu di laman Story Instagram miliknya hari ini selepas bekas Ahli Parlimen Rembau dan Ketua Pemuda UMNO itu dipecat daripada UMNO semalam.

Dalam hantarannya, Tunku Ismail mahu melantik Khairy atau lebih dikenali dengan panggilan KJ sebagai CEO kelab dan juga penasihat pembangunan akar umbi pasukan terbabit.

“CEO masa depan JDT dan penasihat pembangunan Johor,” tulis Tunku Ismail di laman Instagramnya.

Keinginan Tunku Ismail itu dilihat tepat di mana Khairy cukup meminati sukan terutamanya bola sepak malah, Khairy juga pernah dilantik sebagai Timbalan Presiden Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) pada 2007.

Selain itu, Khairy juga adalah bekas Menteri Belia dan Sukan dari 2013-2018 di mana beliau mengilhamkan Program Pembangunan Bolasepak Negara (NFDP) bagi melahirkan pemain muda berbakat yang boleh dipasarkan ke luar negara.-UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya