Tidak mustahil Malaysia boleh naik No. 8 dunia

Tidak mustahil Malaysia boleh naik No. 8 dunia

PEMAIN Malaysia meraikan kejayaan menumpaskan New Zealand dalam aksi Piala Dunia 2023 kelmarin, sekali gus melonjakkan mereka ke tangga kesembilan dunia.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BHUBANESWAR: Selepas me­lonjak ke ranking kesembilan dunia hasil kejayaan menum­paskan New Zealand 3-2 pada aksi terakhir Kumpulan C, Piala Dunia 2023 kelmarin, Malaysia berpeluang mendaki ke kedudukan kelapan andai mengalahkan Sepanyol pada saingan crossover esok.

Pengurus pasukan hoki negara, Datuk Mirnawan Nawawi berkata, kebanyakan pemain tidak tahu mengenai rekod skuad negara, terutama sejarah ranking ketika menentang New Zealand di Stadium Kalinga, Bhubaneswar.

Begitupun kejayaan naik dari kedudukan ke-11 ke tangga ke­sembilan pastinya menyuntik semangat mereka untuk berdepan pasukan tangga kelapan dunia, Sepanyol dalam perebutan tiket suku akhir.

Perubahan ranking terbaharu itu sekali gus mencapai sasaran yang diletakkan Konfederasi Hoki Malaysia (MHC) pada Piala Dunia Hoki 2023 yang mahukan skuad negara kembali berada dalam kelompok 10 terbaik dunia.

“Pemain tidak ambil tahu semua rekod-rekod ini. Mereka cuma turun padang buat kerja, lakukan yang terbaik mencari kemenangan buat Malaysia.

“Mereka berikan sehabis baik untuk capai objektif pasukan. Kalau katakanlah rekod buat negara, ia bonus buat para pemain,” kata Mirnawan.

Ia adalah pencapaian manis buat Speedy Tigers kerana turut layak ke pusingan crossover sebagai naib juara Kumpulan C dengan dua kemenangan dalam Piala Dunia yang kali terakhir dilakukan sewaktu Piala Dunia 2002 di Kuala Lumpur.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya