Tiada sekatan buat pemain China sertai Terbuka Malaysia

Tiada sekatan buat pemain China sertai Terbuka Malaysia

Kenny Goh (kanan) memberi jaminan pemain badminton dari China tidak berdepan sebarang sekatan untuk memasuki Malaysia untuk menyertai Terbuka Malaysia.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Pemain badminton dari China tidak berdepan sebarang sekatan untuk memasuki Malaysia untuk menyertai Terbuka Malaysia yang membuka tirai pada 10 hingga 15 Januari ini nanti.

Setiausaha Agong Persatuan Badminton Malaysia (BAM), Datuk Kenny Goh memberi jaminan tersebut, namun tetap mematuhi segala peraturan yang ditetapkan kerajaan Malaysia.

Semalam, Kerajaan Malaysia memberi jaminan bahawa pelancong asing yang memasuki negara ini khususnya dari negara yang dikesan merekodkan kadar penularan kes Covid-19 yang tinggi akan dikawal rapi sepenuhnya.

“Pertama sekali kita akan ikut segala peraturan yang ditetapkan oleh kerajaan berkenaan soal Covid-19 ini.

“Yang kedua jika kita lihat secara spesifik pasukan negara China mungkin tiada masalah untuk masuk ke negara ini kerana mereka mungkin berada di negara lain sebelum tiba ke Malaysia.

“Ketika ini, kita juga tidak mendapat khabar daripada Persatuan Badminton China. Jadi, buat masa ini tiada sebarang masalah,” katanya.

Dalam pada itu, Kenny turut mengesahkan beberapa pemain dari Denmark dan Perancis telah tiba di Malaysia untuk memulakan latihan di negara ini sebelum bermulanya Terbuka Malaysia.

“Saya difahamkan ada beberapa negara telah tiba ke Malaysia dan menjalani latihan di sini seperti di Akademi Badminton Malaysia (ABM) dan beberapa kelab badminton tempatan.

“Antara pasukan sudah menjalani latihan ialah Perancis dan Denmark di ABM,” ujarnya.-UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya