Terbuka Malaysia : Zii Jia mahu ‘tahan lama’

Terbuka Malaysia : Zii Jia mahu ‘tahan lama’

LEE ZII JIA ketuai kemaraan Malaysia di Piala Thomas 2024 di Chengdu, China, hari ini.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Perseorangan lelaki profesional negara, Lee Zii Jia waspada terhadap ancaman lawan, Kodai Naraoka dari Jepun menjelang pusingan pertama Kejohanan Badminton Terbuka Malaysia, esok.

Pemain Jepun tersebut mengharungi peningkatan yang drastik sepanjang tahun lalu dan kini sudah berjaya mendaki ranking ketujuh dunia.

Bagaimanapun keadaan fizikalnya mungkin memberikan kelebihan buat Zii Jia apabila Naraoka dilaporkan mengalami kecederaan ketika pusingan pertama Kejohanan Seluruh Jepun minggu lalu yang menyaksikan pemain tersebut menarik diri.

Sungguhpun begitu, jaguh Asia itu tetap tidak memandang mudah cabaran yang bakal dihadirkan Naraoka kerana sedar pemain Jepun itu gemar untuk mengheret perlawanan sehingga rubber set dan ia menuntut kecergasan tinggi oleh Zii Jia.

“Tak kisahlah keadaan dia (Naraoka) baik atau tidak, saya tetap kena bersedia seratus peratus, kerana kita juga tidak mengetahui lebih lanjut mengenai keadaan dia yang sebenar, dan saya tidak mahu terlalu memikirkan mengenainya,

“Kalau tengok permainannya, lazimnya ia akan berlarutan lebih satu jam kerana dia mempunyai pertahanan yang bagus, saya rasa saya kena bersedia jika dia mahu bermain dengan rally panjang,” jelas Zii Jia yang ditemui ketika sesi menguji gelanggang di Axiata Arena semalam.

Pemain kelahiran Alor Setar itu sempat menguji selama satu jam setengah gelanggang bersama-sama beberapa pemain negara, antara Ng Tze Yong dan Liew Daren.

Faktor angin di dalam dewan ini pernah mencetuskan kontroversi kerana memberikan kesukaran buat kebanyakkan pemain untuk mengawal bulu tangkis ketika hari perlawanan.

“Saya rasa keadaan angin di gelanggang ini (Axiata Arena) masih sama, dan seperti kita tahu hanya Datuk Lee (Chong Wei) sahaja yang mahir untuk bermain di tempat ini, memang agak susah untuk kawal bulu tangkis di sini dan ia bakal menjadi cabaran buat saya, tetapi saya rasa keadaan mungkin baik rasanya di sini,” jelasnya.

Tahun lalu, perjalanan Zii Jia terhenti di pusingan kedua apabila disingkirkan pemain Indonesia, Shesar Hiren Rhustavito.

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya