Syihan 'terbang' hingga ke JDT

Syihan ‘terbang’ hingga ke JDT

AKSI memukau Ahmad Syihan Hazmi musim lalu berjaya memikat JDT untuk membawanya ke skuad Harimau Selatan musim ini.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Persoalan pasukan mana yang akan disertai penjaga gol Harimau Malaya, Ahmad Syihan Hazmi Mohamed akhirnya terjawab selepas dia diperkenalkan sebagai pemain baharu Johor Darul Ta’zim (JDT) semalam.

Biarpun ramai dalam kalangan peminat sudah dapat meneka bahawa bekas pemain Negeri Sembilan FC itu akan menyertai JDT namun, tiada sebarang pengesahan daripada mana-mana pihak berhubung hala tuju benteng terakhir Harimau Malaya itu.

Ahmad Syihan Hazmi diperkenalkan menerusi satu paparan klip video yang dimuat naik ke laman sosial rasmi Johor Southern Tigers, yang juga menjadi ‘trademark’ kepada pasukan Harimau Selatan itu untuk memperkenalkan pemain baharu.

Menerusi klip video yang berdurasi selama 57 saat itu, Ahmad Syihan Hazmi dilihat menaiki sebuah limousin berwarna putih memasuki pekarangan Stadium Sultan Ibrahim di Iskandar Puteri di Johor Bahru, Johor.

Bekas pemain Negeri Sembilan FC itu melangkah masuk ke stadium berkenaan dan menuju ke gawang gol selain turut ke bilik persalinan sambil memerhati jersi bernombor 33 yang bakal digunakan pada saingan Liga Malaysia musim ini.

Kehadiran Ahmad Syihan Hazmi bagi menggantikan Izham Tarmizi Roslan yang dipinjamkan kepada Sri Pahang FC melengkapkan kuota penjaga gol skuad JDT yang kini sudah pun memiliki Farizal Marlias dan Muhammad Haziq Nadzli.

Kini tugas pemain kelahiran Kelantan dengan ketinggian 1.85 meter itu adalah untuk mendapatkan kepercayaan pengendali baharu JDT, Estaban Solari bagi memastikan dia menjadi pemain pilihan utama di pintu gawang Harimau Selatan.

Sebelum ini, pemilik JDT, Tunku Ismail Sultan Ibrahim secara berseloroh menyatakan bahawa tidak mengenali Ahmad Syihan Hazmi ketika ditanya sama ada Harimau Selatan sudah menandatangani pemain berkenaan.

“Siapa Syihan. Saya tidak kenal,” kata Tunku Ismail secara berseloroh sebelum beredar dari ruang media di Stadium Sultan Ibrahim baru-baru ini.

Ahmad Syihan Hazmi yang ketika ini berumur 26 tahun memulakan langkah dalam bidang bola sepak apabila memasuki Sekolah Sukan Bukit Jalil pada tahun 2012 sebelum menyertai pasukan Harimau Muda C pada 2013.

Beliau seterusnya menyertai Kelantan U-21 antara tahun 2015 hingga 2017 namun, dia berdepan detik hitam dalam kariernya apabila digantung daripada sebarang aktiviti bola sepak selama 20 bulan oleh Persekutuan Bola Sepak Asia (AFC) pada 2018.

Selepas tamat tempoh penggantungannya dia menyertai Petaling Jaya City FC pada musim 2020 sebelum menerima lamaran K.Devan untuk beraksi bersama Negeri Sembilan FC.

Sejak bersama Negeri Sembilan FC kerjayanya mula menyinar dan mendapat panggilan mewakili Harimau Malaya di bawah kendalian Kim Pan Gon.-UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya