Shevon-Soon Huat sedia ‘perang’ dengan angin

Shevon-Soon Huat sedia ‘perang’ dengan angin

GOH Soon Huat-Shevon Lai.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Saban tahun, dewan di Axiata Arena, Bukit Jalil sempena penganjuran Kejohanan Badminton Terbuka Malaysia menjadi salah satu gelanggang yang sukar untuk ditakluki barisan pemain badminton terbaik dunia kerana faktor anginnya yang agak kuat.

Bagaimanapun, buat pasangan beregu campuran negara, Shevon Lai dan Goh Soon Huat, ibarat alah bisa tegal biasa, mereka sudah lali dengan situasi berkenaan dan enggan menjadikan ia sebagai satu kelemahan dalam usaha mereka untuk memulakan kempen 2023 dengan langkah kanan.

Ini bakal menjadi satu tugas yang sukar untuk menamatkan dominasi China dalam acara ini kerana tiga tahun berturut-turut ia berjaya dimenangi oleh pasang No. 1 Dunia, Zheng Si Wei-Hua Ya Qiong.

Malaysia pula sudah lama kemarau juara dalam acara beregu campuran, dengan kali terakhir ia berjaya ditawan oleh gandingan Tan Aik Huang-Teoh Siew Yong pada tahun 1963.

“Macam biasalah gelanggang Axiata Arena angin memang kuat. Bagi kami ini benda biasa kerana sudah bertahun bermain di gelanggang ini.

“Saya harap kita dapat sesuaikan diri sebelum perlawanan ini kerana setiap hari akan ada perbezaan (kekuatan angin) dari apa yang kita mengujinya sebelum ini. Jadi ia bergantung kami bila beraksi nanti,” jelas Shevon.

Shevon dan Soon Huat adalah salah satu daripada lima wakil negara dalam acara beregu campuran, yang juga penyertaan terbanyak skuad negara berbanding acara lain dalam saingan kali ini.

Mereka bakal memulakan perlawanan pusingan pertama menentang wakil Taiwan, Chang Koh Chi-Lee Chih Chen yang belum pernah ditentang sebelum ini.

“Pasangan Taiwan ini kami tak pernah tengok (cara bermain) dan tak pernah lawan. Jadi bila lawan kadang-kadang kan jadi pelik sikit.

“Jadi kami akan memberi tumpuan sepenuhnya kepada perlawanan itu dan harap akan lebih fokus,”ujarnya.-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya