Separuh beban hilang – Marhan

Separuh beban hilang – Marhan

AKSI Muhammad Marhan Mohd. Jalil (kanan) ketika menentang Chile dalam perlawanan kedua Kumpulan C, Piala Dunia 2023 di India kelmarin.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

ROURKELA: Segala tekanan dirasai pemain Malaysia hilang sebaik sahaja hon dibunyikan mengesahkan kemenangan dramatik 3-2 ke atas Chile pada aksi Piala Dunia Hoki 2023 kelmarin.

Keputusan itu amat bermakna kerana ia kemenangan pertama Malaysia di Piala Dunia selepas kali terakhir melakukannya pada edisi 2002 di Kuala Lumpur.

Kapten Malaysia, Muhammad Marhan Jalil mengakui kemenangan itu membuktikan kehadiran mereka di India sebagai pencabar bukannya sekadar melengkapkan penyertaan.

“Kemenangan ini sangat istimewa dari segi maruah kerana ranking kami lebih tinggi (daripada Chile) dan memang sepatutnya kami menang.

“Sekarang dah tercapai apa yang kita sasarkan iaitu kemenangan. Walaupun kami bermain bawah tahap sebenar pada 30 minit pertama tetapi kami menang dan kutip tiga mata,” katanya.

Malaysia yang memiliki 13 pukulan sudut penalti dalam aksi itu, meraih tiga gol menerusi Muhammad Razie Abd. Rahim (m-26), Mohamad Ashran Hamsani (m-41) dan Norsyafiq Sumantri.

Chile dengan dua gol awal pada minit ke-20 dan 29 menerusi Juan Amoroso serta Martin Rodriguez, berputih mata untuk mengutip satu mata apabila jaringan ketiga mereka lewat permainan tidak disahkan.

Malaysia perlu menang ke atas New Zealand di Bhubaneswar esok untuk mara ke pusin­gan crossover dengan status sebagai naib juara Kumpulan C.

Berdasarkan rekod, skuad negara pernah mencatat enam kemenangan dan enam seri tetapi tewas 13 kali sepanjang 25 pertembungan dengan New Zealand sejak Piala Dunia 1975.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya