Selepas 23 tahun, Melaka mahu kembalikan juara silat dunia

Selepas 23 tahun, Melaka mahu kembalikan juara silat dunia

PESAKA Melaka berhasrat membuka tiga lagi akademi silat olahraga di Jasin, Masjid Tanah dan Alor Gajah bagi melahirkan lebih ramai pesilat dalam kalangan remaja.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

MELAKA: Persekutuan Silat Kebangsaan (Pesaka) Melaka bakal mengadakan kejuaraan silat tertutup peringkat negeri bagi mencungkil bakat baharu untuk diketengahkan mewakili negara serta bergelar juara dunia.

Yang Dipertua Pesaka Melaka, Datuk Seri Mohamad Ali Mohamad berkata, hampir 23 tahun tiada atlet dari negeri ini bergelar juara mengikut jejak langkah lima bekas juara dunia sejak 1987 hingga 2000.

Menurutnya, sepanjang tempoh tersebut tidak ada pesilat dari Melaka yang mampu setanding juara dunia 1987, Ahmad Wardi Salim; Ahmad Faizal Omar (1994), Bibi Aishah Golbal Shah (1997), Mohd. Arif Khamis (2000) dan Siti Sharnani Buang (2000).

“Menjadi tanggungjawab saya untuk menaikkan semula nama Pesaka Melaka bagi melahirkan atlet berpotensi untuk diketengahkan mewakili negara khususnya untuk bergelar juara dunia.

“Sudah tiba masanya Melaka melahirkan lebih ramai pesilat berwibawa yang perlu kita cungkil dari bangku sekolah kerana sudah lama, atlet negeri ini tidak membawa cabaran negara,” katanya kepada pemberita selepas dipilih sebagai Yang Dipertua Pesaka Melaka yang baharu, menang tanpa bertanding pada Persidangan Tahunan Pesaka Melaka di Baitul Tariq, Klebang Permai di sini.

MOHAMAD ALI Mohamad menang tanpa bertanding jawatan Yang Dipertua Pesaka Melaka pada Persidangan Tahunan Pesaka Melaka di Baitul Tariq, Klebang Permai, Melaka. – UTUSAN/AMRAN MULUP

Tambah Mohamad Ali, pihaknya berhasrat membuka tiga lagi akademi silat olahraga di Jasin, Masjid Tanah dan Alor Gajah bagi melahirkan lebih ramai pesilat dalam kalangan remaja.

Menurutnya, ketika ini sebanyak tiga akademi telah beroperasi di Batu Berendam, Majlis Bandaraya Melaka Bersejarah (MBMB) dan Seligi Putera Pantai Peringgit.

“Usaha kita selepas ini adalah untuk menggalakkan lebih ramai remaja menjadi pesilat dan kapasiti akademi sedia akan dipertingkatkan dengan beberapa kemudahan lain bagi menarik minat golongan terbabit,” ujarnya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya