Santos batal ‘bekukan’ jersi No. 10 Pele

Santos batal ‘bekukan’ jersi No. 10 Pele

SEBUAH kedai menjual jersi dan gambar legenda bola sepak Brazil, Pele yang akan disemadikan hari ini selepas meninggal dunia pada usia 82 tahun. - AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SAO PAULO: Santos dijangka membatalkan rancangan untuk ‘membekukan’ jersi nombor 10 yang dipakai Pele sepanjang ­kariernya bersama kelab Brazil itu.

Difahamkan, ahli lembaga kelab berbelah bahagi mengenai isu itu selepas kemunculan video lama yang mana Pele menentang idea tersebut dan mahu ia dibatalkan.

Dalam temu bual di YouTube pada 2017, Pele dilaporkan berkata, adalah lebih baik agar membiarkan sahaja jersi nombor 10 digunakan agar ia tidak dilupakan.

Presiden Santos, Andres Rueda berkata, sejurus selepas kematian Pele, membekukan jersi nombor 10 akan menjadi satu penghormatan yang hebat kepada legenda Brazil itu.

“Kami menyerahkannya kepada ahli lembaga kelab untuk dipertimbangkan tetapi cada­ngan terbabit terpaksa dilupakan sementara waktu sebelum sebarang keputusan muktamad dibuatkan.

“Terdapat video lama yang disampaikan kepada kami iaitu Pele bercakap tentang keinginannya untuk mengekalkan jersi nombor 10.

“Konsepnya berubah sedikit sekarang. Kami akan berbincang dengan keluarganya kelak,” katanya.

Beberapa laporan di Brazil mengatakan anak perempuan Pele telah meminta jersi nombor 10 tidak digunakan lagi, namun Santos enggan terburu-buru mengambil keputusan.

Pele memenangi tiga Piala Dunia bersama Brazil iaitu pada edisi 1958, 1962 dan 1970 sekali gus dianggap sebagai pemain terhebat dalam generasinya termasuk menjelajah dunia bersama Santos atas pelawaan perlawanan.

Pele mewakili Santos dari 1956 hingga 1974 dan kelab itu mengisytiharkan tempoh ber­kabung tujuh hari selepas kematiannya Khamis lalu pada usia 82 tahun. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya