Potfolio belia dan sukan tidak boleh dipolitikkan - Hannah

Potfolio belia dan sukan tidak boleh dipolitikkan – Hannah

HANNAH Yeoh bersama timbalannya, Adam Adli Abdul Halim ketika mempengerusikan Mesyuarat Penyelarasan EXCO Pembangunan Belia dan Sukan Negeri di Menara KBS, Putrajaya di sini, hari ini. - UTUSAN/FAISOL MUSTAFA
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA: Kementerian Belia dan Sukan (KBS) mahu isu belia dan sukan tidak dipolitikkan sebaliknya semua negeri perlu bekerjasama bagi memastikan pembangunan belia dan sukan dilakukan secara holistik.

Menterinya, Hannah Yeoh berkata, porfolio belia dan sukan amat penting kerana ia cerminan masa depan dan nama baik untuk negara.

“Sudah lama kita tidak mengadakan mesyuarat ini bersama Exco Belia dan Sukan Negeri, jadi saya sasarkan untuk adakan lebih kerana yang mana sekurang-kurangnya dua kali setahun.

“Ia bertujuan membolehkan pihak kementerian mengenal pasti dan membincangkan isu-isu semasa belia dan sukan di peringkat akar umbi serta memperakukan cadangan tindakan dalam usaha untuk meningkatkan pembangunan belia dan sukan.

“Ia jelas mahu penglibatan kerajaan negeri bagi membangunkan masa depan Malaysia bersama. Portfolio kita belia dan sukan adalah portfolio yang tidak boleh dipolitikkan kerana ini adalah masa depan dan nama baik Malaysia.

“Oleh itu, kita akan adakan lebih banyak libat urus seperti ini bersama semua kerajaan negeri,” katanya selepas mempengerusikan Mesyuarat Penyelarasan Exco Pembangunan Belia dan Sukan Negeri di sini hari ini.

Katanya, mesyuarat berkenaan dijalankan dengan objektif merangka dan menyelaras kerjasama di antara Kerajaan Persekutuan dengan Kerajaan Negeri dalam soal belia dan sukan.

Hannah berkata, mesyuarat ini adalah kali pertama diadakan sejak kali akhir pada 2018 dimana ketika itu dipengerusikanbekas Menteri Belia dan Sukan, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman.

Menurutnya, mesyuarat ini juga bertujuan membolehkan KBS mengenal pasti dan membincangkan isu-isu semasa belia dan sukan di peringkat akar umbi serta memperakukan cadangan tindakan dalam usaha meningkatkan pembangunan belia dan sukan.

“Selain itu, perjumpaan kerap dan saluran komunikasi yang wujud ini adalah satu manifestasi identiti dan halatuju Kerajaan Perpaduan yang jelas mahukan penglibatan Kerajaan Negeri bagi membangunkan masa depan Malaysia bersama,” katanya.

Mesyuarat hari ini turut dihadiri Menteri Belia, Sukan dan Pembangunan Keusahawanan Sarawak Datuk Sri Abdul Karim Rahman Hamzah; Menteri Belia dan Sukan Sabah Datuk Ellron Alfren Angin; semua Exco Belia dan Sukan Negeri, dan Ketua Pengarah Jabatan Wilayah Persekutuan.

Dalam perkembangan lain, Hannah berkata, beliau turut mengesahkan bahawa Ketua Setiausaha Kementerian, Datuk Jana Santhiran Muniayan sudah memulakan tugas Kementerian Pengangkutan (MOT) hari ini.

“Buat masa ini, kita belum ada lagi Ketua Setiausaha kementerian yang baharu,” katanya. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya